"Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan."

Sunday, August 22, 2010

sAbAR dAn ItSaR



“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Al-Imran ayat 200-

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
- Surah Al-Baqarah ayat 45

Terpaku seketika dengan ayat ini. Terbatal segala keluhan hati. Mmg benar, bukan mudah utk membuat kebajikan.. Sesungguhnya aku berpuasa.. kata2 ini hanya mampu aku lafaz utk diri sendiri.. sbgai peringatan yg aku sdang berpuasa. 

Keliru.. mana satukah yang benar.. orang kata kalo terlampau baik kt akan dipijak2.. Maka sebagai insane yg byk dosa ni, perlu ke kt jd jahat ckt?? Orang kata gunakanlah kebijaksanaan agar kt x d pijak2. Malangnya x terjana plak ape yg bleh d lakukan. 

Dari ayat.. maka mohonlah pertolonganNya dgn jalan sabar. Apakah maksud jalan sabar??? “Dengan jalan sabar” iaitu dengan menanggung segala masyaqqah dan segala kesukaran atas jiwa daripada segala taklif syarak.

Imam Ibn al-Jauzi di dalam Zad al-Masir berkata: Asal perkataan ‘sabar’ ialah menahan. Orang yang bersabar yang menahan dirinya daripada sesuatu perkara. Justeru, dinamakan orang yang berpuasa sebagai orang yang bersabar kerana menahan dirinya daripada makan, minum dan jimak. Dengan sebab itu, Imam Mujahid menafsirkan sabar di sini dengan maksud puasa.

Dan manusia diperintahkan untuk bersabar; di sini dengan tiga pendapat:

Pertama: Dalam penunaian segala fardu dan kewajipan. Inilah pendapat Ibn Abbas dan Muqatil.
Kedua: Dalam meninggalkan segala maksiat. Inilah pendapat Qatadah.
Ketiga: Tanpa berebut jawatan. Ia ditujukan kepada Ahli Kitab.

Sedangkan al-Syaukani melalui tafsirnya Fath al-Qadir berkata: Dikehendaki di sini, minta tolonglah kamu dengan menghalang jiwamu daripada mengikut nafsu syahwat dan hanya melakukan ketaatan di samping menghalang daripada terkena perkara yang menyakitkan. Beliau juga berkata: Tidaklah dimaksudkan pada sabar di sini dengan sabar yang khusus, yang menafikan yang lain berdasarkan pada faedah adanya alif dan lam pada permulaan perkataan sabar daripada kesemua jenis sabar.
Syed Qutb menyebut dalam Fi Zilal al-Quran: Minta tolong dengan sabar amat banyak pengulangan kerana ia merupakan bekalan yang semestinya wujud dalam pertembungan dengan sebarang masyaqqah. Dan permulaan masyaqqah itu ialah turunnya daripada pemerintahan, kekuasaan, manfaat dan juga kerja sebagai penghormatan kepada hak yang lain di samping pengorbanan dan juga mengiktiraf dengan hakikat di samping benar-benar tawaduk dan rendah diri.

“Dan orang-orang yang telah berfirman (Anshar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (muhajirin), dan mereka mengutamakan (orang-orang muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran darinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Qs. Al-Hasyr: 9)



Sifat itsar atau mendahulukan orang lain penting dalam mengikis sifat-sifat mazmumah seperti ego, kedekut, individualistik dan sebagainya, serta memupuk sifat-sifat mulia seperti prihatin, empathy, pemurah dan sebagainya. Seperti Rasullullah shallallahu ‘alaihi wasallam mendidik istri-istrinya untuk mendahulukan orang lain, memberikan makanan kepada orang lain meskipun terkadang makanan tersebut tidak ada selainnya. Begitu pula saat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam meminta para sahabat untuk bersedekah.

Dengan bersikap itsar, mendahulukan orang lain, membuat hati kita makin kaya, karena hati dilatih untuk merasakan apa yang dirasakan orang lain. Sikap itsar menjadi cambuk, agar hati ini tak terikat dengan dunia, dan lebih merindukan akhirat. Masih banyak nasib orang lain yang tak lebih beruntung daripada kita.. Allahu Akbar..

Mungkin ckup setakat di sini. Sesungguhnya manusia ini di dalam kerugian.. maka ambillah peluang yg membawa keuntungan nih... Wahai hati.. jgnlah engkau mengeluh.. tetapi mengadulah akan segalaNya kepada Allah.. yg mengetahui segala isi hatimu.. yg mengetahui segala perkara yg berlaku.

pEaCe nO wAr (^_^)

Saturday, August 21, 2010

SaLaM



Dah 4 pg.. ape la yg aku buat pg2 buta.. jap lg dah time tuk sahur, ish3..  Assalamu’alaikum buat sume... Kalimah salam ni terngiang2 lg. Peristiwa ptg td, aku dan cosmet duk asyik berborak2.. smgt wt lab la kunon.. pdhal dah cuak sbb bakal menghilangkan diri pas raya. So lab akan tergantung tuk beberapa tempoh. Jd kne pulun la sblm blk kg.. haaa.. sdg asyik berborak smbil menunggu kerja depan mata.. tiba-tiba muncul seorg lelaki foreigner.
“Assalamu’alaikum”,beliau memberi salam..
“wa’alaikumussalam”, kami menjawab smbil dlm hati duk tertye2.. nk ape plak foreigner ni.. dah la ari sabtu.. nk wt lab gak ke?
Foreigner tersebut dtg menghampiri. Oo.. rupenye die nk tau lame lg ke aku nk gne alat tu. Kebetulan aku dah pun selesai juz tggl nk kemas je. Foreigner tu pun berlalu dari situ dan aku xtau lg kemana die pergi.
Sbnrnye aku terpk.. sopannya care beliau bertye.. Aku pun duk la imbas2 blk ade ke aku tye org dgn cara cam2. Beri salam dan berckp berhadapan dgn org yg hendak d tya. Kebiasaannya org akan skip beri salam dan direct je tye.
Aku teringat lg akan foreigner yg lain. Masa tu aku sensorg. Terkebil2 ngah wt keje. Kemudian seorg wanita foreigner ni masuk utk mengambil barang. Beliau memintas belakang aku smbil memberi salam. Aku memaling smbl menjawab salam dan beliau tersenyum memandang aku dan kemudian beliau terus beredar.
Pernah juga diwaktu lain aku bertembung jln dgn foreigner yg lain. Orgnye mmg sudah aku cam.  Selalu terlihatnya dari jauh namun x pernah menyapa. Sewaktu aku hampir melaluinya aku mendahului dgn senyuman.. lantas beliau syum dan memberi salam..
Di tempat yg lain sewaktu aku dtg ke rmh saudara aku di perak. Kebetulan anaknya masih kecil dan baru bgn dari tdo. Sejurus bapa saudara aku nmpk si kecik tu dah bgn lantas beliau memberi salam kpd si kecik tu smbil mengacah2nya
Dapat ape yg aku ingin sampaikan tuk kali ni??
Beratnya diri ini mengungkapkan salam.. Mungkin masyarakat d tempat foreigner tersebut menjadikan amalan memberi salam itu satu kebiasaan. Namun d Malaysia.. mungkin d tmpt aku ni amalan memberi salam adalah satu kekekokkan. Salam yg d beri kebiasaannya hya kpd mereka yg dikenali shj dan hanya d tmpt2 tertentu shj. Hukum memberi salam itu adalah sunat,  namun Nabi Muhammad s.a.w malazimi dan membiasakan diri dengan memberi salam. AllahuAkbar.. Alangkah ruginya diri ini.. Bukan mudah utk kt mengubah tradisi. Malukah atau takutkah utk memberi salam. kalimah yg mudah utk d lafaz tp sukar utk d luahkan. Sesungguhnya member salam itu salah satu cara utk merapatkan silaturrahim sesame muslim.

Aku terjumpa sebuah kisah mengenai salam.

Dikeluarkan oleh Abu Nu'aim di dalam Al-Hilyah dari At-Tufail bin Ubai bin Ka'ab ra. bahwa beliau suatu ketika telah datang menemui Abdullah bin Umar r.ahuma. dan pergi bersamanya ke pasar.
Kata At-Tufail, "Apabila kami berjalan ke pasar pada waktu pagi itu, Abdullah ra. telah memberi salam kepada siapa saja yang ditemuinya, tidak kira mereka orang-orang yang menjalankan jual beli, orang miskin dan kepada siapapun mereka. Oleh sebab itu aku pun pergi kepadanya pada suatu hari dan beliau telah mengajakku ke pasar. Aku pun bertanya kepadanya, 'Apakah yang kamu lakukan di pasar sedangkan kamu tidak melakukan sebarang penjualan di sana, tidak menanyakan harga barang untuk dibeli, kamu tidak menimbang atau menukar barang di sana dan kamu tidak juga duduk di dalam majelis-majelis di pasar tersebut?' Aku pun menyuruhnya duduk saja ditempat itu untuk berbincang".

Abdullah bin Umar r.ahuma pun berkata kepadaku, "Wahai si perut besar! Adapun kita ke sana semata-mata untuk memberi salam dan hendaklah kamu memberi salam kepada siapa saja yang kamu temui".
Dikeluarkan oleh Malik dari At-Tufail bin Ubai bin Ka'ab ra.seumpama dengannya.
Di dalam riwayat lain, Abdullah bin Umar r.ahuma. berkata, "Adapun kita ke pasar semata-mata untuk memberi ucapan salam maka hendaklah kamu memberi salam kepada orang yang kamu temui".
Dikeluarkan oleh Al-Bukhari di dalam Al-Adab dari At-Tufail bin Ubai bin Ka'ab ra. seumpama dengannya.

Dikeluarkan oleh At-Tabarani dari Abu Umamah Al-Bahili ra. bahwa beliau telah memberi salam kepada setiap orang yang ditemuinya. Beliau berkata, "Aku tidaklah mengetahui seseorangpun yang mendahuluiku dalam memberi salam melainkan seorang lelaki Yahudi. Suatu ketika ia telah bersembunyi di balik tiang. Tiba-tiba dia keluar dari persembunyiannya itu memberi salam kepadaku."

Abu Umamah ra. telah berkata kepada lelaki Yahudi itu, "Celaka kamu wahai si Yahudi! Apakah yang menyebabkan kamu melakukan perbuatan sebagaimana yang telah kamu lakukan itu?" Laki-laki Yahudi itu pun menjawab, "Aku telah mengetahui bahwa kamu adalah seorang lelaki yang banyak memberi salam. Oleh karena aku mengetahui bahwa amalan itu mengandungi kebaikan dan kelebihan, lalu aku berkeinginan untuk mendapatkan kelebihan tersebut". 

Abu Umamah ra. pun berkata kepadanya, "Celaka kamu, karena sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda, 'Sesungguhnya Aallah telah menjadikan ucapan salam sebagai ucapan kepada ummat kami dan keamanan bagi orang-orang yang berada di bawah tanggungan dan perlindungan kami (kafir dzimmi)".

Di dalam riwayat Abu Nu'aim di dalam Al-Hilyah dari Muhammad bin Ziyad katanya, "Aku telah memegang tangan Abu Umamah ra. sedang beliau dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Tidaklah beliau melewati seorangpun baik orang Islam, Nasrani, kecil atau besar melainkan beliau memberikan ucapan salam kepadanya. Beliau berkata,
Salamun 'alaykum. Salamun 'alaykum (kesejahteraan ke atas kamu)!

Apabila beliau sampai di depan pintu rumahnya, beliau berpaling ke arah kami seraya berkata,"Wahai anak saudaraku! Nabi kami telah memerintahkan kami agar menyebarkan salam di kalangan kami".
Di dalam riwayat Al-Bukhari dalam Al-Adab dari Basyir bin Yasar katanya, "Tiada seorangpun mendahului atau bersegera dalam memberi salam selain dari Ibnu Umar r.ahuma".

 Dikeluarkan oleh At-Tabarani dengan isnad Hasan dari Anas bin Malik ra. katanya, "Kami bersama-sama dengan Rasulullah SAW di zamannya. Aapabila kami berpisah dan dipisahkan oleh sebatang pohon, maka kami akan memberikan ucapan salam apabila kami saling bertemu di antara satu dengan yang lain".

Sebagaimana dalam At-Targhib. Dikeluarkan oleh Al-Bukhari di dalam Al-Adab.

Dari kisah ini, dpt kt lht kebaikan memberi salam itu menjadi rebutan sehingga orang Yahudi juga berebut-rebut dgn org muslim.  Moga kita sama-sama mengamalkan sunnah yang kecil ini, bagi memperolehi ganjaran yang besar disisiNya. 

RaMadHaN tGgL seHaStA




Aku tahu ramadhan tggl sehasta
Indah gerbangnya seperti melengkung cakerawala
Terlingkar mawar wangi kasturi dan sarsabila setiap mengkungnya
Hanya sehasta kawan
Aku tahu detik-detik ini begitu berharga
Bila pagi masuk aku berharap senja kehingga
Dan bila senja tiba aku bertanya dalam hati
Esok pagi akankah aku berjumpa
Aku tahu ramadhan tiba
Sehasta sahaja jaraknya
Tapi rasa takut itu menyelubungi jiwa
Menjalar rapat
Berhimpit-himpit diantara nadi dan aorta
Aku takut tidak bersua dengan puasa
Kerna izrail dan bukunya tiba
Bulan itu sehasta sahaja jaraknya kawan

Ustaz Abu Syauqi

aLuNaN tUrUn NaIk