"Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan."

Friday, March 4, 2011

dAMaiKaN dAkU

Lame gak x join konsert2 nasyid. Alhamdulillah.. dpt gak lpskan keinginan. Mlm td kmpulan nasyid Far-east menggegarkan DU kampus transkrian. So far.. not bad.. kagum ngan aplikasi taranum depa yg di gunakan utk alunan lagu2 nasyid. Tp dua lagu terakhir yg kmpulan nasyid tu duk nyanyi tu ah dua lagu yg amat menentuh hati aku. Fevret kot 2 lagu tu. menusuk kalbu. Alunan taranum yg harmoni mmg menenangkan hati. Terpaku gak duk dgr. So slh satu lagu tu ialah menanti di barzakh. mmg kuar2 dewan ati rase tenang kepiluan jep.. puas~!!!

Menanti di Barzakh- Far-east


Ku merintih, aku menangis, ku meratap, aku mengharap
ku meminta di hidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata..


Perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar
diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya


Tanah yang basah berwarna merah
semerah mawar dan juga rindu
tujuh langkah pun baru berlalu
seusai talqin bernada syahdu


Tenang dan damai di pusara ku
nisan batu menjadi tugu
namun tak siapapun tahu resah penantianku..


Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
seakan ku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
kehidupan di sini bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian...


kehidupan di sini bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian...


Kembali roh kembali kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri, sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu


Ajal yang datang di muka pintu
tiada siapa yang memberitahu
tiada siapa pun dapat hindari
tiada siapa yang terkecuali


Lemah jemari nafas terhenti
tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi


Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan
selama ini diceritakan kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan...


selama ini diceritakan kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan...


Ku merintih, aku menangis, ku meratap, aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata..



Thursday, March 3, 2011

KetEtApAN hAti

Keep hope alive~!!! mcm cacing kepanasan saat diri mula nekad utk meninggalkan habit lama yg buruk. habit yg boleh kate dah sebati ngan jiwe dan rage. Tp ape boleh wt, habit buruk mmg kne campak jauh2.. biar diri kering kontang merana.. Asalkan keredhaan dariNya d peroleh.

Situasi ni wt aku teringat seorg lelaki dr kg aku. Lelaki yg kurang kewarasan itu menjadikan arak sebgai teman hidupnye. Bile dh xde duit, mengagaulah lelaki tersebut melakukan apa2 kerja utk menampung kos membeli arak. Pnah  lelaki itu menangis utk meninggalkan habit tersebut. Namun selang 2,3 hr berhenti minum, lelaki tersebut mengalami batuk2 yg teruk dan sakit pada bahagian dada. Oleh kerana tidak tahan dengan keadaan itu lelaki tersebut kembali utk mengambil arak semula.

Begitu juge dgn seorg sahabat aku yg mula merokok seusia 13 tahun. walaupun pd awalnye hanye sbtg dua sehari, sehingga ke saat sehari satu kotak. Kesedihan x terkire saat beliau menyedari bahaye perbuatannye, maka beliau bercite2 utk meninggalkan amalan tersebut. Pada awalnye beliau berusaha mengurangkan bilangan.. Namun tiba ke saat beliau hendak meninggalkan terus amalan tersebut, batuk2 yg teruk mula menyerang. sayang.. oleh kerana tidak tahan.. beliau juga tewas meninggalkan rokok tersebut walaupun beliau sdah berjaya mengurangkan jmlah yg d iambil dlm sehari.

Sdey.. namun itulah realiti.. Bukan mudah utk membuang habit yg dah bertahun2 d amalkan.. utk berubah semestinya byk halangan. teringat plak kisah Al-Fateh dlm ceramah yg aku dgr mlm td. Walaupun dah 12 cubaan org islam utk menawan constantinople, cubaan kali ke-13 pun x semudah tu Allah nk bantu. Sehingga tentera2 islam terpakse mengangkut 70 buah kapal melalui bukit sejauh 5km. itu pun Al-Fateh masih berusaha    melakukan pelbagai cara sehingga dpt memasuki constantinople.

begitulah ble kt nk berubah. byk halangan. kdgkala kuat kdgkale lemah. kadgkala ingin berputus asa. kadgkala kt perlu cara yg lebih efektif sehingga Allah permudahkan kt utk berubah. Walaupun bagai cacing kepanasan.. panas lg api neraka yg bakal membakar kt jika kt x berubah dan hadapi semuanye hari ini. Moga kt semua diberi kekuatan~~

Doa yg selalu diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Digalakkan bace selepas solat fardu dan doa ketika solat sunat


aLuNaN tUrUn NaIk