"Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan."

Friday, December 19, 2008

aNdaI iTu bUkaN utKkU

Alhamdulillah… mggu yg agak memenatkan telah pun berlalu.. penatnye wt fyp.. hrp mggu ni dan mggu depan jerk aku akn ke hulu ke hilir settlekan keje. Hmm.. result exam pun dah dpt. Of coz ada yg dpt result yg bgus.. tahniah wt mereka.. yg sebaliknye.. hmmm ni hjt aku create blog kali nih.

X sume kite akan bernasib baik bukan. Pernah juga sewaktu zaman sekolah.. aku de kwn. Adik-bradik beliau mmg pndai2. Bi berabuk2 kalo bercakap. Subjek len x usah kate ah.. mmg terror. Cume kesian.. kwn aku ni x cam adik-beradik die yg len. Bi die cam2 aku gak.. nk wt 1 ayat pun ckt punye ssh. Kalo subjek len.. die 10x ulang, tp result rendah dr org yg bce skali.

Tu dari segi pelajaran.. ade kwn aku yg len plak.. dr kecil die asik kate nak gi cane cni.. nak gi pulau tioman la.. gi jalan2 kat Kelantan ah.. gi Terengganu ah.. pangkor.. cam2 ah.. tp kecian.. smpai arini.. die setia bersama parent die. Katenye.. duit yg ade d gne tuk perbelanjaan mereka.

Sukar nak gmbrkan hati dan perasaan mereka. Harapan seribu impian. Mereka memang berusaha bersungguh2 utk mencapai cita2dan hajat yg d ingini. kdgkala terasa kagum dgn apa yg mereka telah lakukan. Yup.. mungkin ada kelemahan2nya mengapa org2 begini tidak dpt mencapai apa yg d ingini..

IBRAHIM BIN ADHAM seorang ahli tasawuf yang terkenal, ketika ditanya tentangsebab-sebab doa tidak dimakbulkan. beliau menjawab kerana hati buta disebabkan beberapa perkara iaitu:

# Anda mengenal ALLAH tetapi tidak menunaikan haknya.

# Anda mengatakan cinta kepada Rasulullah S.A.W tetapi meninggalkan sunnahnya.

# Anda membaca Al-Quran tetapi tidak beraMAL dengannya.

# Anda menikmati nikmat ALLAH, tetapi tidak bersyukur kepadanya.

# Anda berkata syurga itu benar, tetapi anda tidak beramal untuk memasukinya.

# Anda berkata syaitan itu musuh tetapi anda tidak menentangnya.

# Anda mengaku ingin selamat dari api neraka, tetapi menjuruskan diri kedalamnya.

# Anda meyakini bahawa kematian itu satu kepastian tetapi tidak pernah mempersiapkan diri menghadapinya.

# Anda sibuk dengan keburukan orang lain tetapi anda sendiri mengabaikan keburukan diri sendiri.

# Anda menghantar jenazah ke perkuburan, tetapi anda tidak sedikit pun mengambil iktibar daripadanya.

Hmm.. namun kdgkala kita sudah cuba melakukan yg terbaik utk diri kita. Andai la ini satu kebenaran dan kita yakin dengan apa yg tlh kita lakukan…

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Doa adalah ibadat." Setiap doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:


Doa yang dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa.Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahui.


Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah.Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara.Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia kadangkala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu.


Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan menimpa. Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang barangkali berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah.


Oleh itu… bersyukurlah dgn apa yg telah kita perolehi setelah kita berusaha bersungguh utk mendptkan apa yg kita ingini. Berbanggalah.. moga2 ketidakcapaian apa yg d ingini d dunia ni akan kita perolehi d akhirat cne dan segalanya tidak akan berlaku jika bukan mendapat keizinan dariNya.


Teruskan usaha.. teruskan berdoa.. (^_^)

Sunday, November 16, 2008

JaLaN2....


Cukup selesa dpt bukak blog pas abis exam nih.. alamak.. de satu lg paper yg x abis lg.. hmmm.. bak kate kwn2.. dah terror.. x yah study.. huhu.. x pela. Atas dasar minat dan suke.. aku study gak 1 lg subjek last nih. Sbnrnye duk debar jerk nak ambik paper tu. Nape yerk…. Ntah ah. Hmmm.. anyway… I would like to tell a story 1 day b4 study week start.

Setelah confius2.. last aku decide nak gak g jumpe bonda. Almaklumlah dah lame x jumpe.. nak exam plak tu.. x mintak lg restu ampun dan maaf lg. dan alang2 taiping tu dekat.. rasenye cam teruk sgt la plak kalo x gi.pg2 ahd tu aku dah siap2 ke stesen bas p.bntr. Alhamdulillah.. smpi jerk kat pekan kemunting abg aku dan istrinye dah siap mnunggu.

Sehari sblm tu sepupu kak ipar aku kawin.. aku x dpt dtg awal. Ade jemputan len yg aku kne hadir. Xtau la pe sbbnye.. ikut suke jerk kaki nak melangkah.kui3.. anyway pengantin x kesah..student mmg gitu. Haha.. ye ke???

Anyway ptg tu depa bwk g jusco.. jusco… of coz ramai org. pas dpt parking, kami ramai2 berjln tuk masuk ke pusat bli blah tu.. laluan jln kaki seiring ngan laluan kereta. Bonda berada d hadapan, dan aku berada d blakang skali. Then tetibe de sebuah kerete nih dr blakang, menyusur rapat d sebelah kanan aku.. aku menjeling pemandunye. Seorg perempuan Chinese. Hish.. suke2 jerk. Mjur x lggar aku. Dlm bebel2 sensorg aku x sedar, kereta tu turut rapat ke kanan bonda. Perkara yg aku x jangke.. bonda x prasan.. sume tergamam.. kerete tu dah lggr kaki bonda. Mjur bonda x jatuh.. sume memerhatikan pemandu. Dlm ati huh… nak aje aku tumbuk cermin kete org nih.

Bonda kate x pape.. aku menjeling skali lg.. muke cuak pemandu td memohon maaf.. ati aku masih marah. Cepat2 aku berpaling. Kang len plak jdnye. Kaki bonda agak merah. Sakit barangkali. Selesai membeli belah.. depa nak bwk gi tasik taiping. Jam dah agak lewat. Dah 4 lebih. Aku kne pulang ke kampus. On de way nak ke stesen bas kemunting, abg aku kata:

“ kalo mak jatuh time org tu lggar td, bukan stakat cermin die pecah, ngan kete2 tu org terbalikkan”

Bg aku, aku x terkejut dgn kata2 tu. Sudah terbiasa dgn sikap abg ku. Tp aku bersyukur. Sgguh tebal kasih syg abg terhadap bonda. Kalo aku juz nak pecahkan cermin kete, tp abg smpi nak terbalikan. Huh… dan aku stil geram smpi hr ni. Isk3.. ssh nak lupe.

Ckup beberapa jam bersama bonda.. ooohh.. aku benar2 sygkan bonda. Pernak juga aku cube membayangkan sehari tanpe khdiran bonda.. bgaimane agaknye. Namun aku harus blaja.. setiap manusia itu akan mati..sama ada aku atau bonda yg akan pergi dulu.. hya Allah yg tahu. Bg ku… I want to de bez for her.. x sabar rasenye. Slalu jugak aku berangan.. ade kereta.. dan aku bawa bonda pergi berjalan2.. tp bonda kate bonda nak gi umrah bersama anak2nye.. ingin skali aku tunaikan hasrat tu.. Moga aku berkemampuan suatu hari nanti.. I love u mom…

Friday, October 24, 2008

mIsKin Tp kaYa

Pas bce artikel ni.. <click d sini>, waduh… atiku tersentuh bangat. Terkenang d saat satu ketika dulu… bonda seringkali mengungkap kata2 tersebut. 'Biar miskin harta tapi kaya ilmu'.

Kata2 tersebut membuatkan abg dan kakakku sanggup berhabisan wang utk belajar di mana2 kelas yg menawarkan beberapa kursus utk mereka termasuk kursus perniagaan dan akaun. Mungkin d sbbkan kesuntukan masa dengan waktu kerja seharian yg x menentu dan masa yg terhad utk melayani anak2 dan perkara lain menyebabkan mereka agak terbatas utk meneruskan cita2 tersebut.

Aku bernasib baik… dari kecil smpi kini.. tugas utama.. study..study dan study… kalo bab menoreh getah, even anak peneroka.. pisau getah pun aku x pnah pgg, tmbh lg nak tarah kat pokok getah. Stakat belek2 sbb kne kemas raga moto ade ah. Nak g jln2 nek moto.. xkan nak hangkut jugak pisau getah tu. Huhu…


Sebenarnye.. bukan krn kkurangan harta yg menyebabkan ssorg tu berjiwa kental utk semangat study. Ttp pengorbanan org yg kkurangan harta tu yg menyebabkan diri yg lemah mampu tegap berdiri.

Anak mane yg x tersentuh hatinye melihat ibu bapenye mengelap peluh keringat.. anak mane yg mampu memerhatikan ibu dan bapenye merintih kepenatan, yg kdgkala mundar mandir menyelesaikan masalah hutang. Anak mana pula yg sanggup membiarkan ibu dan bapanya terbongkok2 dengan kerja2 yg berat.. anak mana yg mampu mengabaikan ibu dan bapanya dimamah usia dengan hanya bekerja keras sepnjg usianya..

Pasti akan terselit d hati anak2 ini utk belajar bersungguh2, mendpt kerja yg bgus, membalas budi dan jasa mereka dan ingin agar mereka hanya duduk smbil berlenggang kaki.

Mungkin ibu bapa kita hidup tidak ssh sedemikian.. namun x salah jika kita menganggap ibu bapa org lain yg ssh itu sama seperti ibu bapa kita. Mungkin kejayaan kita mmpu menolong mereka suatu hari nnt. Amin…

Monday, October 20, 2008

sAkIt- BeRseLinDuNg d SeBaLik sIhaT

Mengikut ulamak, antara tanda orang berpenyakit hasad itu ialah:

a. Menunjuk-nunjukkan kasih di depan kita, tetapi mengumpat di belakang kita.
b. Senang hati atau tidak bersimpati apabila kita ditimpa kesusahan.

Kesan buruk daripada penyakit hasad itu pula ialah:

a. Membinasakan amal kebajikan dan ketaatan kepada Allah Taala.
Rasulullah saw bersabda, maksudnya: Hasad itu memakan kebajikan seperti api
memakan kayu yang kering.

b. Mendatangkan keluh-kesah dan dukacita.
c. Membawa kepada perbuatan maksiat.
d. Mata hati menjadi buta, sehingga tidak dapat memahami hukum-hukum Allah.
Sufyan al-Tsauri bermadah: "Jangan engkau menjadi pendengki supaya engkau
cepat menangkap kefahaman (tidak buta mata hati)".
e. Diharamkan atau ditahan daripada kebajikan dan tidak diberi taufik oleh Allah Taala.
Imam Khatimul-Asham bermadah: "Pendendam itu bukan orang beragama, pencaci
itu bukan orang beribadat, pengacum itu bukan orang yang boleh dipercayai dan
pendengki itu bukan orang yang mendapat pertolongan".

Penyakit hasad dapat dicegah dengan cara:

a. Sentiasa mengingati kewajipan atau tanggungjawab muslim terhadap muslim dan seluruh muslimin.
b. Mengikut prinip-prinsip ajaran agama Islam. Menjalinkan kasih sayang (mahabbah)
c. Tolong menolong, bantu-membantu, nasihat-menasihati dan sebagainya antara satu salam lain di kalangan kaum muslimin / muslimat.
d. Sentiasa menghormati hak mukmin yang mendapat keistimewaan dan darjat yang tinggi daripada Allah Taala.
e. Sentiasa mengharapkan syufaat daripada mukmin di akhirat kelak.
Oleh sebab penyakit hasad itu begitu berbahaya, maka amat wajarlah hati
yang terlibat segera diberi rawatan dan pencegahan. Dengan mengingati dan
mempraktikkan amalan-amalan yang tersebut, insya Allah, terselamatlah kita
daripada penyakit dan buruk akibatnya itu.

aLuNaN tUrUn NaIk