Alhamdulillah… mggu yg agak memenatkan telah pun berlalu.. penatnye wt fyp.. hrp mggu ni dan mggu depan jerk aku akn ke hulu ke hilir settlekan keje. Hmm.. result exam pun dah dpt. Of coz ada yg dpt result yg bgus.. tahniah wt mereka.. yg sebaliknye.. hmmm ni hjt aku create blog kali nih.
X sume kite akan bernasib baik bukan. Pernah juga sewaktu zaman sekolah.. aku de kwn. Adik-bradik beliau mmg pndai2. Bi berabuk2 kalo bercakap. Subjek len x usah kate ah.. mmg terror. Cume kesian.. kwn aku ni x cam adik-beradik die yg len. Bi die cam2 aku gak.. nk wt 1 ayat pun ckt punye ssh. Kalo subjek len.. die 10x ulang, tp result rendah dr org yg bce skali.
Tu dari segi pelajaran.. ade kwn aku yg len plak.. dr kecil die asik kate nak gi cane cni.. nak gi pulau tioman la.. gi jalan2 kat Kelantan ah.. gi Terengganu ah.. pangkor.. cam2 ah.. tp kecian.. smpai arini.. die setia bersama parent die. Katenye.. duit yg ade d gne tuk perbelanjaan mereka.
Sukar nak gmbrkan hati dan perasaan mereka. Harapan seribu impian. Mereka memang berusaha bersungguh2 utk mencapai cita2dan hajat yg d ingini. kdgkala terasa kagum dgn apa yg mereka telah lakukan. Yup.. mungkin ada kelemahan2nya mengapa org2 begini tidak dpt mencapai apa yg d ingini.. 
IBRAHIM BIN ADHAM seorang ahli tasawuf yang terkenal, ketika ditanya tentangsebab-sebab doa tidak dimakbulkan. beliau menjawab kerana hati buta disebabkan beberapa perkara iaitu: # Anda mengenal ALLAH tetapi tidak menunaikan haknya.
# Anda mengatakan cinta kepada Rasulullah S.A.W tetapi meninggalkan sunnahnya.
# Anda membaca Al-Quran tetapi tidak beraMAL dengannya.
# Anda menikmati nikmat ALLAH, tetapi tidak bersyukur kepadanya.
# Anda berkata syurga itu benar, tetapi anda tidak beramal untuk memasukinya.
# Anda berkata syaitan itu musuh tetapi anda tidak menentangnya.
# Anda mengaku ingin selamat dari api neraka, tetapi menjuruskan diri kedalamnya.
# Anda meyakini bahawa kematian itu satu kepastian tetapi tidak pernah mempersiapkan diri menghadapinya.
# Anda sibuk dengan keburukan orang lain tetapi anda sendiri mengabaikan keburukan diri sendiri.
# Anda menghantar jenazah ke perkuburan, tetapi anda tidak sedikit pun mengambil iktibar daripadanya.
Hmm.. namun kdgkala kita sudah cuba melakukan yg terbaik utk diri kita. Andai la ini satu kebenaran dan kita yakin dengan apa yg tlh kita lakukan…
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Doa adalah ibadat." Setiap doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:
Doa yang dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa.Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahui.
Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah.Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara.Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia kadangkala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu.
Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan menimpa. Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang barangkali berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah.
Oleh itu… bersyukurlah dgn apa yg telah kita perolehi setelah kita berusaha bersungguh utk mendptkan apa yg kita ingini. Berbanggalah.. moga2 ketidakcapaian apa yg d ingini d dunia ni akan kita perolehi d akhirat cne dan segalanya tidak akan berlaku jika bukan mendapat keizinan dariNya.
Teruskan usaha.. teruskan berdoa.. (^_^)