Cuba bygkan kite bertemu seorg hamba ni. Pakaiannya lusuh, compang-camping.. kemudian kita hadir, memberikan pakaian yg cantik dan indah. Dan hamba itu kemudiaannya menggunakan pakaian tersebut utk ditunjuk2kan kepada org lain dgn megahnya. Bukan setakat itu, bermula dari situ hamba itu terus hanyut dan hanyut.. dan suatu hari hamba tersebut mula dibenci dan d cemuh kerana berlebih2.. namun hamba itu ttp dgn sftnya. Pastinya kite kecewe dan sedih bukan??? Dalam hal ini, xperlu kita mengungkit kebaikan dan amalan yg telah kita lakukan
Pernah suatu hari, Rasulullah menceritakan kepada para sahabat, perihal seorang hamba Allah dari golongan bani Israel yang telah beribadat kepada Allah beribu-ribu tahun lamanya. Allah telah meletakkan dirinya di sebuah pulau seorang diri, dan kemudian telah menumbuhkan sepohon buah yang mengeluarkan buah setiap hari untuk dia makan setiap hari selama dia beribadat hinggalah dia meninggal dunia. Akhirnya tibalah waktu untuk hisaban amal. Setelah ditimbang segala amalan lalu Allah berfirman “Masukkanlah hambaku ini kedalam syurga dengan rahmatKu” namun segera di pintas oleh si hamba Allah tadi “bahkan dengan amalku (amalan dia beribadat selama hidupnya)” Lalu Allah memperkenankannya lalu amalnya kembali ditimbang dan akhirnya melayakkannya untuk masuk ke neraka. Lalu segera si hamba Allah ini memohon keampunan agar dia kembali dimasukkan kedalam syurga Allah dengan rahmat Allah SWT.
Rahmat Allah.. that is the main point.
Cara mendapatkan rahmat Allah
Berlaku adil terhadap orang lain
Bertaubat dengan ikhlas dan berazam tidak akan mengulangi dosa yang dilakukan
Melaksanakan ibadah dengan ikhlas dan sempurna
Membelanjakan harta ke jalan Allah ketika senang dan susah
Saidina Omar al-Khattab pernah berkata: "Hadirlah di tempat orang yang hampir mati, dan ingatkanlah mereka akan kalimah La ila ha illallah kerana mereka nampak apa yang kamu tidak nampak." Tanda-tanda mati Riwayat daripada Saidina Uthman bin Affan (r. a.), katanya: Nabi s. a. w bersabda: "Perhatikanlah orang itu menjelang wafatnya. Apabila kedua belah matanya terbeliak, dahinya berpeluh dan membesar dua lubang hidungnya, bererti rahmat Allah telah turun. Tetapi apabila dia mendengkur seperti orang tercekik, tubuhnya pucat, mulutnya bertambah lebar, bererti seksa Allah telah turun kepadanya."
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda: ”Tidak seorang pun di antara kalian yang akan diselamatkan oleh amal perbuatannya. Seorang lelaki bertanya: Engkau pun tidak, wahai Rasulullah? Rasulullah saw menjawab: Aku juga tidak, hanya saja Allah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku, akan tetapi tetaplah kalian berusaha berbuat dan berkata yang benar.” (HR. Muslim)
Cara mendapatkan rahmat Allah terlalu luas skopnya. Namun begitu Allah swt berfirman: "Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat pada orang-orang yang berbuat baik." (QS. Al A’raf:56)







