"Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan."

Saturday, January 2, 2010

(~_^)

Assalamu’alaikum… mcm beser muncul pas2 hilang berkurun. Hik3.. Hr ni free ckt. That’s y bleh tulis sumthig kat blog. Walaupun keje sbnrnye beratur pnjg kat blakang. Juz rest 4 awhile. Alhamdulillah… Allah masih meminjamkan udara2 d skeliling.. meminjamkan tubuh bdn yg mampu utk bergerak dan akal fikiran yg mampu utk d jana. Thanks jugak kat kak z coz bg pinjam monitor. Monitor aku dah sebulan lbh kat PMI. Bape lame la depa nk simpan wt tukun. Kne la berthn smpi hjung bln 1 nih. I-Allah abg yg blaja d Indon akan pulang bersama labtop ksygan aku. Hoho… aritu jumpe labtop ku skjp. Xpuas nk lpskan rindu. Sbb abg pgg labtop tu bek3. Takut nk gatai2 usik. Hmm… x saba.. Doakan abg jugak segera dpt pulang ke M’sia. Wt pe lame2 kat cne. Hehe…


Topik kali ni.. bab m’bls jasa bonda. Dah 5 bln aku stat study bersama bantuan kewangan dr USM. Memandangkan jumlah kewangan tu agak besar.. aku pun berhajat tuk bg kat bonda brg 1rst or 2 rts. Aritu de gak akk tye bape duit fellow aku dpt. Then akk bls… lbh kurang ngan gaji aku. Huhu… rase teruk plak kalo depa bleh bg duit kat bonda, aku yg duk mkn tdo kat cni x leh nk bg k?? Tp bonda ckp x pe la
Aku masih blaja. Tp x puas ati gak. Akk ngan abg bleh nape aku x leh. So bermula smgt tuk bonda.


Pada awalnya duit tuk bln 8 n bln 9 abis begitu jerk, kne byr hutang n bla… bla… bla… Tp time tu k raya so dpt jugak la tuk belanja preparation kuih muih sume. Tp mcm2 jd n last aku x dpt gak bg bonda pape. Bln 10aku gne duit yg ada tuk langsaikan hutang moto. Beres dah moto tu. Tp syg.. time tu la duit tuk bonda hilang masa aku odw dkat seremban. Yelah.. kat Kg mne de ATM. So kne kuarkan duit nk bg boda awal2. Hmmm..Trus lari budget. Masuk bln 11 smgt masih membara. Skali akk ckp duit tu bg kat abg. Bonda yg suh. So x dpt gak bg bonda. Dlm ati.. xpe bln depan try lg.. tup2 bln 12 duit short plak. Aik~!! Cane duit de RM200 je nih.. Isk3.. rupe2nye bendahari dah potong siap2 sbb sblm tu aku de wt pinjaman skim pembantu siswazah. Mmg gelabah gak la time tu. Nk byr duit rumah sume… bla..bla..bla… hoho.. Alhamdulillah… dgn duit yg sengkek tu hdup gak aku smpi arini. Then duit bln 1 pun dah masuk.. Rase dpt bernyawa dgn tenang smule. Sygnye x dpt gak bg bonda sbb aku terpakse saving tuk bln depan. Sbb bln depan maybe duit aku short lg. N bln ni road tax moto dah mati plak. Duit yg ada mmg ngam2 duit mkn n emergency.


Today I realize… bkn sng yerk nk balas jasa bonda. Tu br part duit. Lum lg part kasih syg n pengorbanan. Anyway I try to do da bez 4 her. Ikut hosmet gak la. Balik at least sbln skali. Alhamdulillah stakat ni aku mampu lakukan. Aku sokong smgt korang. Chaiyok2~!!!


Ada pelbagai cara utk kita m’bls jasa mereka. Duit bknlah perkara plg penting. Bg seorg anak, antara cara kita membls jasa mereka adalah dgn:


• Menyediakan tempat tinggal yg selesa utk mereka
• Memberi kasih dan perhatian
• Memenuhi permintaan mereka
• Melakukan apa yang disukai oleh mereka
• Menghadiahkan kejayaan
• Meluangkan masa bersama-sama dgn mereka
• Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa


SeLamat Maju Jaya ~!!!



Monday, December 7, 2009

kaTa-kaTa

Kami menikmati zikir kepada-Mu, wahai Dzat Yang Memberi Nikmat.

Sungguh rugi orang yang telah buta dari jalan-Mu.

Kami bersaksi dengan penuh keyakinan bahawa ilmu-Mu luas

Engkau Maha Melihat dan Mengetahui apa yang ada di dalam hati.

Tuhanku.. Kami menanggung beban dosa yang besar.

Kami telah berprasangka buruk dan lalai padahal kemurahan-Mu lebih besar

Kami menutup-nutupi kemaksiatan kami kepada makhluk kerana kelalaian kami

padahal, Engkau melihat kami kemudian Engkau mengampuni dan mengasihi kami.

Ampunan-Mu terhadap prasangka buruk yang kami lakukan menggembirakan kami.

Pencegahan-Mu darinya membuat kami merasa takut dan menyesal.

jika kehinaan seorang hamba bisa berbicara,

maka apakah ia akan sanggup bersabar dan berdiam diri darinya?

Tuhanku.. Lapangkanlah dan perbaikilah hati-hati kami.

Hanya Engkaulah yg memperindahkan dan memuliakan hati kami

Sumber dari :Bersuci ala Rasulullah: Mencermati 99 Kesalahan Bersuci

Tuesday, November 24, 2009

MeNcARi sPiRiT yG hILaNg

Alhamdulillah… kesampaian jugak menghabiskan round ke-2 cite sang murabbi. Thanks to kak z.. coz help me to find cite tuh. Awal2 tgk ngan kak z… tp duk ckp indon.. x bape fhm. Kak z len ah. Ala2 jawe gtu. Sng nak fhm. Anyway.. 1st round ckup la tuk fhm cite gitu2… round ke2 nak fhm stiap kata2… haaa… rasa2nye nak tgk round ke3 kot. Biar benor2 mantop. Kak Z.. pasni kite cari Cd/ DVD plak yerk. Bleh bg org len tgk skali. I-Allah…

Sang murabbi mengisahkan cerita Ustaz Rahmat bin Abdullah. Mungkin ada yang masih tidak mengenali siapa beliau. Sdg aku sndiri juga x brape mengenali beliau. Detail mengenai beliau boleh d baca melalui website di bawah..

http://www.siapadankenapa.co.cc/2009/05/kh-rahmat-abdullah.html

http://www.eramuslim.com/berita/silaturrahim/allahuyarham-ust-rahmat-abdullah-dan-palestina.htm


Mungkin agak pnjg dan agak sukar d fahami memandangkan kisah2 hidup beliau berlaku di bumi Indonesia. Yelah.. kita pun x blaja sume sejarah2 indonesia. Peninggalan beliau bagi aku amat2 dirasai oleh warga2 indonesia yg sama2 berjuang dan berdakwah serta rakyat2 indonesia yg sempat merasai sentuhan-sentuhan dakwah beliau. Namun apa yang penting ialah kita mencontohi semangat yg beliau miliki dalam menjalankan dakwah Islam. Untuk mengenali dgn cara lbh mudah.. sila la dptkan crite sang murabbi nih. I-Allah akan terkesn serba sedikit smgt beliau dlm diri kita sekaligus meneruskan perjuangan beliau.

Merendahlah,
engkau kan seperti bintang-gemintang
Berkilau di pandang orang
Diatas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi
Janganlah seperti asap
Yang mengangkat diri tinggi di langit
Padahal dirinya rendah-hina


(Rahmat Abdullah)

Tuesday, November 17, 2009

TafSiR Al-MaSad

Alhamdulillah… skali lg kami d pertemukan dan bersua muka setelah sekian lama tidak berjumpa. Last skali sebelum hari raya yg mane mase tu tajuk yg di kupas ialah tafsiran dr surah Al-Falaq dan Surah Al-Ikhlas. Pertemuan kali ni tafsiran yg seterusnya dikupas iatu surah Al-Masad. Bak kata ustazah… sume mst dah hafal surah ni. Walaupun surah ni ringkas utk dibawa dlm solat, namun pengertian yg tggi akan memberikan kesan yg mendalam jika dibawa dlm solat kita.

Pada awal pangenalan surah ini kami d mantapkan t'lbh dulu untuk mengenali salasilah abu lahab. Siapakah abu lahab sebenarnya dan apakah kaitannya dgn Rasulullah. Sungguh.. x terjangkau siapakah sbnrnye abu lahab. Nama penuh Abu Lahab ialah Abd-al-Uzza ibn 'Abdul Muttalib iaitu salah seorang drpd bapa saudara Rasulullah, dan beliau digelar sebagai Abu Lahab kerana wajahnya yg bersinar2 terlihat dr pipinya yg sentiasa kemerahan2. Mempunyai seorang istri yg cantik bersesuaian dgn wajahnya yg bersinar iaitu Ummu Jamil. Gelaran yg diberi kerana beliau adalah ratu cantik pada masa itu.
Beliau adalah antara org yg sgt gembira atas kelahiran Rasulullah. Pada waktu itu kelahiran anak perempuan amat memalukan. Disebabkan kegembiraan mendapat anak saudara seorg lelaki Abu Lahab telah membawa Rasulullah ke sekeliling Mekah. Disitulah kali pertama Rasulullah diarak2kan. Hubungan beliau dengan Rasulullah sgt baik sehingga Rasulullah berkahwin dan dianugerahkan 6 org anak. Sehingga juga 2 org dari puteri baginda telah dikahwinkan dgn putera Abu Lahab. Demikian hubungan Rasulullah dan Abu Lahab.


Seterusnya kami mula mendalami asbab nuzul ayat tersebut. Hubungan baik Rasulullah dgn keluarga Abu Lahab baik sehinggalah pada suatu hari Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam naik ke bukit Shafa. Beliau naik sampai kepuncaknya, kemudian berseru, “Ya shabahah!” (kalimat peringatan yang biasa mereka gunakan untuk mengabarkan akan adanya serangan musuh atau terjadinya peristiwa yang besar).

Kemudian beliau shalallahu ‘alaihi wasallam mulai memanggil kabilah-kabilah cabang dari kabilah Quraisy dan menyebut mereka kabilah per-kabilah, Ketika mereka telah berkumpul, baginda pun berbicara: “Apa pendapat kalian seandainya aku beritahukan kepada kalian bahwa ada pasukan berkuda di lembah bukit ini yang akan menyerang kalian, apakah kalian mempercayaiku?” Mereka menjawab: “Ya, kami tidak pernah menyaksikan engkau melainkan selalu bersikap jujur.” Beliaupun berkata: “Sesungguhnya aku adalah seorang pemberi peringatan kepada kalian dari siksa yang pedih. Permisalanku dengan kalian hanyalah seperti seseorang yang melihat pasukan musuh kemudian bergegas untuk mengawasi keluarganya (mengamati dan melihat mereka dari tempat tinggi agar mereka tidak didatangi musuh secara tiba-tiba) karena ia khawatir musuh akan mendahuluinya, maka ia pun berseru, “Ya, shabahah.”

Kemudian beliau shalallahu ‘alaihi wasallam mengajak untuk bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang benar kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah. Lalu beliau menjelaskan kepada mereka bahwa kalimat syahadat merupakan kekuatan dunia dan keselamatan akhirat.

Kemudian beliau shalallahu ‘alaihi wasallam memberikan beberapa peringatan Setelah selesai beliau menyampaikan peringatan tersebut, orang-orangpun bubar dan bertebaran. Tidak disebutkan keadaan bahwa mereka menampakkan suatu penentangan ataupun dukungan atas apa yang telah mereka dengar, kecuali apa yang terjadi pada Abu Lahab. Ia menemui Nabi dengan nada yang kasar. Ia berkata, “Celakalah engkau selama-lamanya! Cuma untuk inikah kamu kumpulkan kami?”
Rasulullah tidak membalas perbuatan Abu Lahab, tetapi cercaan Abu LAhab tersebut telah dibalas oleh Allah melalui surah Al-Masad. Dan balasan Allah melalui surah ini berterusan sehinnga ke hari ini.

Ketika mendengar turunnya ayat: “Telah celaka kedua tangan Abu Lahab.” Ia pun datang, sambil tangannya menggenggam batu, ia mencari-cari Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam. Sementara beliau tengah duduk bersama Abu Bakr di dekat Ka’bah. Kemudian Allah subhanahu wata’ala menutup penglihatannya sehingga ia tidak bisa melihat kecuali Abu Bakr t saja. Maka ia pun bertanya, “Mana temanmu itu (Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam)? Telah sampai kepadaku bahwa dia telah mengejekku dengan syair. Demi Allah, seandainya aku menjumpainya, sungguh aku akan pukul mulutnya dengan batu ini. Ketahuilah, demi Allah aku sendiri juga pandai bersyair.” Kemudian iapun mengucapkan syair:

Orang tercela kami tentang

Urusan kami mengabaikannya

Dan agamanya kami tidak suka

Lalu ia pun pergi. Maka bertanya Abu Bakr, “Wahai Rasulullah, tidakkah engkau mengira bahwa dia melihatmu?” Kemudian beliau pun menjawab, “Dia tidak melihatku. Allah telah menutupi pengelihatannya.”

Maka terkumpullah wanita jahat ini dosa-dosa. Disebabkan itu dia menjadi penolong kepada hukuman dan balasan terhadap suaminya sebagaimana Allah dalam ayat 4 ini bahawa dia membawa kayu bakar yang mana kayu-kayu yang diangkatnya menjadi pembakar suaminya di akhirat dan dia juga akan dilakukan seperti itu juga, dibakar dalam neraka. Di lehernya, terdapat rantai yang tersimpul daripada Al Masad, rantai besi yang panas. Diceritakan Ummu Jamil, isteri Abu Lahab selalu menaburkan duri pada jalan laluan harian Rasulullah.


Demikian serba sedikit mengenai surah Al-Masad. Mmm… sbnrnya ada lg isu2 yg dikupaskan. Mungkin akan d terangkan pd masa2 akan dtg. hehe.. Wallahu’alam…

aLuNaN tUrUn NaIk