"Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan."

Tuesday, April 13, 2010

MeDaN dAkWaH iTu LuAs

Assalamu’alaikum... berlari2 sekejap utk menaip. Time is equal to purpose. So take this time to tell a little bit stories. Hosmet duk bising2.. asik2 kuar.. asik2 kuar.. hik3.. sian depa. Aku plak mls duk story mori pnjg lebor. Ngeh3.

Ok2.. stat bln 12 dulu aku dah stat join bisnes eumora. Opppsss.. bisnes SAB. Join as a follower je time tu. Duk follow kwn2. Sbb time tu x brani lg nk join. Bisnes ape pun xtau. Dua bln jd follower then awal bln 3 aritu br stat aktif. Tp aktif 10% je kot. Smpi la skrg.

Anyway.. aku seronok berjumpa ngan org2 SAB. Why?? Kerana bg aku mereka memegang konsep dakwah. Bak kate org.. aik jual sabun pun bleh berdakwah?? Tp org2 cina plak kata.. jual sabun pun bleh kaya.. Actually kami x jual sabun.. kami jual bar. Haha.. nape aku ckp mereka memegang konsep dakwah. Haaa.. ni nk promote eumora nih.. x knal maka x cinta. Lalala...

Kenapa pkai eumora??

Ade org kate eumora ni nk bg muka cantik. Tp tu bkn fungsi utama. Eumora sbnrnye bar utk kesihatan kulit, termasuk la muka. Muka baby yg asalnya cantik, gebu seharusnya d jaga, di belai dan di bersihkan sehingga kt tua. Jadi ble muka de jerawat, kering, bla bla bla.. kt kne la jage balik sbb muka kt dah didiami oleh toksin2@ racun2 yg x tau dari mane. Ada gak kakak2 yg telah berumur bg alasan.. mereka dah tua.. x yah cantik2 dah.. kak.. bar ni bkn tuk cantik.. bar ni tuk kesihatan kulit.

Kebersihan dan kecantikkan.

Skali lg.. Eumora bar utk kesihatan kulit. Kt membersihkan badan dgn sabun mand.. jd x slh kt bersihkan muka dgn eumora. Dan eumora bkn shj utk muka tp utk seluruh permukaan kulit yg ada pd manusia. secara kesimpulannya, kulit yg sihat bleh memberikan kulit yg cantik. Sesungguhnya Allah sukakan kecantikkan. X salah utk kt cantik ttp jgn la kt menjadi org yg melampau.

Ramai girl kuar rmh ngan solek2 bagai.

Kt kembali plak mengenai hukum.

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

Dalam ayat 33 surah al-Ahzab dengan jelas dan terang Allah SWT memerintahkan muslimah tidak bersolek ketika keluar rumah dengan apa pun alasan sama ada untuk bekerja atau yang lain. Perlu diingat bahawa seorang isteri hanya dibenarkan bersolek untuk suaminya hanya di rumah, bukannya di luar rumah apatah lagi berlainan pejabat, kerana dia terdedah kepada pandangan umum yang boleh jatuh kepada fitnah yang tidak terduga. Bersolek adalah amalan wanita zaman Jahiliah seperti diberitahu oleh Allah dalam ayat tersebut, ukuran bersolek tidak kira tebal atau nipis, kalau sekadar memakai bedak masih boleh diterima bagi mengelak kulit muka dari berminyak.

Bg mereka yg memakai eumora.. xyah dah pkai pape kat muka. Pelembab ke.. toner ke.. maskara ke.. powder pad ke.. bahan2 tersebut kebanyakkannya mengandung bhn chemical. Jadi ble sorg kwn.. ajak kwn die yg suke solek molek tu.. then kwn die gne eumora dan x solek molek dah.. maka berkurang la jumlah girls yg solek molek kat luar..

Ade gak org ckp.. alaa.. btau je la hukum solek molek tu kat diorg. Kan sng.. x yah abis2 duit nak gne eumora tu.. hmmm.. betul2.. kalo la nk ckp tu sng k?? N kalo la org yg solek molek tu nk dgr n buat k? Sure2 sng.. jd this is one of the method n solution for them right?

Tuk kakak yg kata x perlu cantik lg sbb dah tua.. hmm.. bg aku dah tua la kite kne jge kecantikn especially ngan suami. Jgn lupa nafsu lelaki still kuat even dah tua. Sblm mereka duk kejar yg muda k?? Jd dgn mengesyokan eumora, I-Allah cara ni pun boleh merapatkan hubungan suami isteri. Jgn x caye.. (hmm. x kawin lg.. x reti nk elobarate lebih-lebih.)

Sistem SAB

SAB is stand for Singapore, Asia and beyond. Nama syarikatnya ESABEE biotika sdn bhd. Dalam bisnes ni mereka ada sistem coaching, dimana mereka yg ingin menjadi supplier dan menjual eumora akan d ajar sedikit demi sedikit untuk menjalankan bisnes sblm mereka dilepaskan utk supply dan jual sndri.
Pembelajaran dan pengajaran berkumpulan

Sistem coaching same seperti sistem cikgu dan anak murid. Cuma kaedah pembelajarannya agak effective sbb kt blajar dan terus praktikkan kat luar nun. Ble praktik x berjaya.. g cari cikgu nangis2 dan tye lg.. wahaha... Aku bernasib baik.. Sbbnye.. Coach yg ajar aku dan kwn2 ( abg man dan kak ana ) cuba menerapkan unsur2 islamic kpd kami. Kdgkala kami sama2 berkongsi pendpt.. bersama2 memotivasi k diri.. dan yg plg penting coach menerapkan konsep sebenar apa tujuan kami perlu menjadi supplier dan menjual. Bukan kekayaan wang semata-mata.. tetapi utk membantu masyarakat di luar sana yg terkontang-kanting, xde hala tuju dan yg plg utama..slalu membuang masa. Sasaran utama bukan la mereka yg dah byk pengalaman berniaga dan dah kaya tetapi mereka yg xde duit, kurang pengalaman, yg kurang reti berckp, yg kurang keyakinan diri dan yg kurang sifat leadership. Dari sini kami di ajar sedikit demi sedikit sehingga kami benar2 boleh berdikari. 

Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya. (Q.S. Ar Ra’du:11)

Andainya kita tahu diri kita byk kelemahan, maka gunakan peluang yang ada utk kita improve diri kita melalui pembelajaran dan pengalaman.

Perjumpaan hampir pada setiap mggu, d mana pd setiap kali perjumpaan terdpt perigtn, nasihat, cdangan dan pelbagai lg perkongsian bersama menarik minat masing-masing. Andai kaedah ini berterusan, kumpulan yg kecil ini akan membesar dan berpecah kpd byk kumpulan, menggunakan konsep yg sama, I-Allah sesuatu yg lbh baik itu dpt diperolehi.

Lumrah berbisnes.. mesti jmpe pelbagai ragam jenis org. Ble dah pelbagai ragam kita akan belajar memahami sikap mereka. Dari situ kita akan lebih mendidik diri kita spy diri kita ni x meragam2. Kadangkala apabila kita jumpe seseorg, kaedah berkesan bukanlah terus promote brg yg kt jual, ttpi mengenali serba-sedikit insan yg kita jumpa. Mengenali serba sedikit latar belakang hidup beliau. Secara x langsung merapatkan hubungan silaturrahim antara dia dan kita.

Kami juga d ajar sentiasa berfikiran positif. Mmg dari kecil kita d ajar agar berfikiran positif, tp hakikatnya ramai manusia lebih cenderung berfikiran negatif. Kerana itu ramai manusia sukar utk memperoleh kejyaan. Berfikiran positif kdgkala berfikir melangkaui kewarasan akal tp tindakan masih dlm kawalan. Bgaimana caranya?? Kami sudah pun pelajarinya.

Kadangkala pertemuan ini sentiasa mengingatkan aku agar sentiasa bersedia akan hari kematian, hari kiamat dan apakah amal yg telah aku lakukan ats diri aku sendiri, keluarga dan org2 sekeliling.

Masih byk lg yg x dpt diterangkan. Mungkin ckup setakat ni. Byk yg aku blajar dari bisnes ni. Bisnes ni juga merupakan slh satu jln bg aku utk mendekati masyarakat. Mmg benar dan boleh aku katakan berbisnes mmg byk mencakupi kehidupan seseorg. Bg mereka yg masih tidak berbisnes, galakkan diri utk mencuba.  Hati2 juga utk mula berbisnes, kerana dari mula aku stat bisnes, rasa mcm2 jenis bisnes yg aku jmpe. Whatever pun bisnes SAB stil ada kekurangan terutama pd diri aku sndri. Kekurangan bukan bermakna kekal menjadi kekurangan, tp bersama2 utk di perbaiki. Wallahualam...

Friday, February 26, 2010

dUsT iS mY bED


Kelmarin kwn aku de bg 1 lagu arab yg tlh d translate liriknya ke bm. Tp time tu x tau translate tu dlm bentuk video, aku plak duk dgr jerk. So x tau pape. Disebabkan esok nk transfer file2, so kne kemas file2 yg bersepah ni. Ttbe ternmpk lg lagu yg kwn aku bg.. n ble aku tgk balik, liriknye.. mmm…sape yg x pnah bce liriknya jom hayati bersama..




Bg mereka yg x dpt tgk video ni leh la bce lirik kat bwh ni.. or kalo nk tgk jugak... bleh mintak kat aku.

Farshy Al-Turaab ( In Malay)

Tanah adalah katilku
Memeluk diriku
Dan ia adalah atapku
Pepasir mengelilingiku
Seakan-akan menelanku
Dari segenap arah
Dan kubur memberi khabar
Akan kegelapan (yg terkandung)
Di dalamnya malapetaka buatku
Manakala cahaya telah menetapkan
Aku telah melupakan pertemuanku (dengan Allah )

Dan keluargaku ke manakah kasih sayang mereka
Mereka telah menjual kesetiaanku
Dan rakan-rakanku dimanakah perumpulan mereka
Mereka telah meninggalkan persahabatan mereka denganku
Dan dimanakah kebahagiaan harta?
Aku telah tinggalkannya sekarang
Dan namaku (reputasi ) pula
Dimanakah kilauannya sekarang?
Maka inilah pengakhir diriku
Katilku adalah tanah

Yang tersayang mengucapkan selamat tinggal
Dan menangislah kesedihanku
Aliran air mata telah pun kering
Selepas tangisanku itu

Alam yang luas telah pun mengecil
Mengecilkan ruangku
Kubur itu pun menjadi bumi
Dan juga langitku
Maka inilah pengakhiran diriku
Katilku adalah tanah

Ketakutan menyelubungi diriku
Kesedihan adalah kesakitanku
Kepohon keteguhan hati ini
Dan ku yakin sesungguhnya ia
Adalah penawar kesakitanku ini
Ya Allah kupohon seikhlas hati
Engkaulah harapanku
Kurniakanlah syurgaMu Ya Allah
( kerana) di dalamnyalah kebahagiaanku yang sebenar

 
Farshy Al-Turab ( in English )

Dust is my bed, embraces me and it’s my cover now
The sand surrounds me even behind my back
And the grave tells a dankness of my affliction
And the brightness draws a line……………
Where is my family’s love? They sold my loyalty!
And where is my group of friends? They left my brotherhood!
Where is the bliss of money? It’s behind my back now
And my name (reputation) where is it shine between praises
This is my end and this is my bed

And love farewells its longing and my elegizing cried
And the tears went dry after crying
And the universe became narrow and so is my space
And the grave became my ground and sky
This is my end and this is my bed

Fear fills my estrangement and sadness is my illness
I expect firmness and I swear it’s my cure
And for Allah i pray faithfully, you are my hope
Allah! I desire heaven, to find bliss in it

And for Allah i pray faithfully, you are my hope
Allah! I desire heaven, to find bliss in it
فرشي التراب 
فرشي التراب يضمني وهو غطائي
حولي الرمال تلفني بل من ورائي
واللحد يحكي ظلمة فيها ابتلائي
والنور خط كتابه أنسي لقائي
والأهل أين حنانهم باعوا وفائي
والصحب أين جموعهم تركوا إخائي
والمال أين هنائه صار ورائي
والاسم أين بريقه بين الثنائي
هذه نهاية حالي فرشي التراب
والحب ودع شوقه وبكى رثائي
والدمع جف مسيله بعد البكائي
والكون ضاق بوسعه ضاقت فضائي
فاللحد صار بجثتي أرضي سمائي
هذه نهاية حالي فرشي التراب
والخوف يملأ غربتي والحزن دائي
أرجو الثبات فإنه قسماً دوائي
والرب أدعوا مخلصا ً أنت رجائي
أبغي إلهي جنة فيها هنائي


Thanks kwn yg bg aku lagu ni.. liriknya sgt bez. sama2 kita mengambil iktibar dan sentiasa mengingati hari ketibaannya dan bersedia dgn kehadirannya. Moga kita di permudahkan..


Saturday, February 20, 2010

kG.. oH kG...


Esok dah hr isnin.. Hampir seminggu lbh aku bercuti. Pulang ke kg, menghirup udara nyaman di sana. Kehijauan tumbuh-tumbuhan sungguh menenangkan. Balik ke p.bntar… ades.. mate terase tegang semula. Yelah.. asik pndg pc jerk. Kat kg xde pc. Ade2.. tp xleh on.
Entri kali ni nak cite2 jerk pe yg berlaku spnjg berada di kg. x byk pun perkara berlaku.. tp nk cite2 jugak.  Kisah bermula time nk balik ke kg. Aku balik rabu mlm. Srunuk sbb org len x blk lg. Bas jam 12 mlm. Nek bas yg aku suka.. bas kejora. Seat die mmg bez utk melentokkan diri. X sakit bdn sbb mmg struktur seat tu mmg tuk org nk tdo. Aku smpi d seremban hampir jam 6. Smpi2.. wah.. ade bas tuk ke bahau. Agak awal kalo dpt smpi ke bahau nnt. Dan2 tu gak aku naik. Sbb k pg buta.. so bas mmg cpt smpi ke bahau.  Pas berehat2 aku pun g la duk kat tmpt tggu bas utk ke palong. Skali de brother jge toilet ckp.. bas ke palong kul 11 kak.. time tu terkejut dgr  tp muke wt cool je la. Sengsara ati ble dgr. 3 jam lg. Nak x nk mmg aku tggu smpi kul 11.
 Stat kat rmh mmg cam beser la. Ade anak buah.. lyn anak buah. Free ckt wt keje rmh.. free lg tgk tv.. Cuti aritu x kuar jln2 mne pun sbb abg aku bz kne keje. Beliau cdang tuk ke penang, so kne kumpul duit lbh. Xtvt plg byk.. lyn anak buah.. xtvt plg penat… wt minyak kelapa. Ngeh3… 
 Style Mohd tdo.. boleh merangkang smbil mata tertutup.
 die ngah bodek mak su die... nak ajak men same..
 Muke pas mand.. baik jerk..
 Bila kt sebut " La ilaha illallah.." automatik Mohd wt style gitu. xtau la die blaja dr mne. huhu..
 budak moden. pandai tgk tv. ni br 10 bulan. hmm...
Ade satu hr tu aku ngah tlg mak aku nk wt rendang.. sdap.. ttbe byi kecoh2 kat rmh jiran. aku pun pe lg… pi la menyiasat. Mcm ejen 007… haaa.. rupe2nye ade ular kat bwh rumah jiran aku. Ejen 007 pun excited ah nk tgk. Abis tggl ayam ngan rendang. Lalala… mule2 anak jiran aku nmpk sekor. Setelah di selongkar rmh si ular tu.. wah.. ular tu de makwe rupenye.. bhgie btul die bersarang kat bwh tu. Jiran aku ckp smlm dah bunuh sekor. Ular yg same gak. Haaa.. ular tu ular tedung selar. Seram.. tp cam dah beser. Dulu rmh aku ular tu duk menginap skali. Bkn luar rmh.. tp dlm rmh. Pas2 men cak cak ngan kami ble die kuar cari mkn. 
 Kedua2 ular tu berjaya di tangkap walaupun ade yg smpi menghantukkan diri kat tiang rmh. Wakaka.. kecian pakcik tuh. Smgt nk tgkp ular. Abg aku get ready  kat luar jerk. Sbb kaki die injured. X leh nk bengkok. Tp depa mmg mantap. Skjp je kedua2 ular tu berjaya di tewaskan. Haa..  pas2 tau pen k jd ngan ular tu. Pakcik yg duk hantuk kpale tu suh bkr ular tu. Wah.. mcm kejam jerk kami rase. Tp pakcik tu ckp kalo stakat ketuk2 kpale die, die liat nk mati. Kami x caye. 2,3 kali duk bangkang. Tp pakcik tu bkr jugak. Kami tgk je la dr jauh. Nk usik ular tu pun x brani.. pas 5 minit bakar.. mmg ular tu trus mati. Hmm… kalo ikut logik, bleh trime gak la teori pakcik tu. Mmg ular tu lg sengsara ble kne ketuk je. Tp… wahaha.. aku pun x tau la.. wallahualam.. then.. ular tu pun d tanam di blkg rmh



 
2 ekor ular yg dah berjaye d tangkap

 pakcik tu nk bakar ular tu.. (ambik dr jauh jerk.)
 ular yg dah mati slps d bakar. pakcik  tu pun puas ati.. wahaha...
Esknye… tibe mse nk pulang ke kmpus. Aku blk hr slase. Nak nek kat pudu. Smpi pudu mmg terkejut bangat. Padat tul org. nk jln pun ssh. N sure2 la tiket nk blk dah abis. Aku kmdn bli tiket hr rabu jerk. Sbb pk jln ke utara akan jam. So ptg ngan mlm tu akk menginap di hotel mewah, rmh akk aku la. Kaka no 1. Kat ampang. Ptg tu kak aku no4 ajak g mkn besar rmh kwn die. N mlm tu kami adik-beradik bertemu dan plg seronok.. kami sume mkn rendang yg aku msk smlm. Ayam kg tuh.. tu yg plg bez. N perkare pllg bez.. kak aku no 4 sdg mengandung.  baby beliau yg ke-2.. dah 4 bln. I-Allah bln 8 nnt tmbh sorg lg anak buah..  (^_^) peace….

Friday, February 19, 2010

PiLiHaN d TgN kItA

Peluang di depan mata.. Kebetulan aku ade mendengar satu kisah yg berlaku pada zaman Rasulullah. Aku dgr melalui tv kalo x salah. Kisahnya begini…

Suatu malam yang hening, kelihatan seorang lelaki berjalan-jalan di sekitar Madinah dalam keadaan lapar. Dia berhenti di luar sebuah rumah kerana terhidu bau makanan. Imannya belum cukup kuat untuk membuat pertimbangan yang waras dalam menyuluh tindak tanduknya. Kerana terliur dengan makanan itu, dia menyusup masuk ke dalam rumah tanpa izin tuan rumah tersebut.

Melihat makanan yang menyelerakan di satu sudut rumah, dia segera mencapainya. Tetapi tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kata-kata yang didengarnya daripada Rasulullah s.a.w dalam satu majlis ilmu di Masjid Nabi siang tadi terlintas dibenaknya. Rasulullah berpesan, “Barangsiapa meninggalkan yang haram, dia akan mendapat yang halal.”

Mengingatkan kata-kata itu, dia tidak jadi untuk mengambil makanan tadi. Dia hendak segera beredar, tetapi ada godaan lain pula. Telah terlihat olehnya barang kemas. Kalau dia ambil, tentu tidak ada siapa tahu. Segera barang kemas itu digenggamnya. Namun sekali lagi niat jahatnya dimatikan. Teringat lagi dia kepada pesan Rasulullah s.a.w, “Tinggalkan yang haram, dapat yang halal.”

Diletak kembali barang yang berharga itu. Haram mengambil barang milik orang lain. Namun, sebelum dia beredar…datang lagi satu godaan yang lebih besar. Dadanya berdebar kencang apabila melihat seorang wanita cantik sedang lena tidur di kamar peraduannya. Pintu kamar itu dilangkah masuk. Wanita itu dirapatinya. Tangannya menggeletar, peluh memercik membasahi tubuh. Nafsu membisikkan kata-kata indah untuknya. Berlaku perebutan nafsu dan bisikan kata-kata Rasulullah s.a.w, ” Tinggalkan yang haram, akan dapat yang halal.”

Akhirnya dia beristighfar dan perlahan-lahan beredar. Berkat pesanan Rasulullah s.a.w yang melekat di sanubarinya, dia berjaya mematahkan keinginan nafsunya. Kelegaan yang amat sangat terasa di hatinya apabila keluar dari rumah wanita tadi dan kemudian memijakkan kaki di Masjid Nabi.

Kerana berjaya dalam peperangan sengit mengalahkan nafsu yang mengajak kepada yang haram, dia diberi ketenangan yang luar biasa oleh Allah SWT.Seketika kemudian, subuh tiba. Selepas solat subuh berjemaah, lelaki itu merebahkan diri di masjid kerana terlalu mengantuk akibat berjaga semalaman. Apabila matahari telah meninggi, seorang wanita datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w di masjid. Dia mengadu rumahnya dimasuki orang. Dia takut diganggu lagi, lalu memohon mendapakan seorang pengawal yang dapat menjaga harta bendanya.

Setelah ditanya, rupanya si wanita itu seorang janda. Baginda memandang sekeliling kalau-kalau ada orang yang dapat menjaga wanita itu. Melihat lelaki yang sedang lena di suatu sudut masjid, baginda menemuinya. Ditanyakan siapakah gerangannya dan adakah dia telah beristeri. “Saya seorang duda,” jawab lelaki itu yang hidupnya kurang terurus selepas kematian isterinya. Baginda bertanya apakah kedua-dua janda dan duda itu bersetuju untuk dijodohkan. Mereka berdua tersipu malu.

Kerana terharu dengan pilihan Rasulullah s.a.w dan teringat perbuatannya malam tadi, lelaki itu tidak dapat menahan diri daripada menangis lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di rumah wanita tersebut. Lalu, dia bertaubat. Akhirnya Rasulullah s.a.w berkenan menikahkan lelaki dan wanita itu dengan disaksikan oleh para Sahabat. Demikianlah, berkat meninggalkan yang haram, dia mendapat yang halal sebagai gantinya. Kini, wanita cantik itu dan segala di dalam rumah itu menjadi halal baginya.

Copy paste dr : http://rezekihalal.com/tinggalkan-yang-haram-dapat-yang-halal/

Indah bukan apb kita berjaya mengharungi godaan2 dan kemudian merasai kemanisan. Bukan mudah utk melepasi satu2 godaan. Kdgkala ia bgaikan musuh dlm selimut yg kita sendiri x sedari. Apb timbul kata2 “ itu tidak boleh.. “, hati mula gelisah tp membolehkan kerana ia nmpk indah… mnarik… rupa2nye.. yg indah.. yg mnarik itu menjadi racun kpd hati2 yg bersih, shgga kata2 kebenaran bagaikan terpantul dek kerana kerasnya dinding2 yg sudah penuh berselaput. Kdgkala penantian utk mendapatkan kehalalan itu musnah d tgh jln. Tersungkur akibat keghairahan. Hilangnye kesabaran.. nahas nafsu yg bergolak. Kemanisan yg d tggu x muncul tibe. Ujian demi ujian dtg menerjah. Aduh.. perit x terkata. Janji Allah menjadi penguat… Allah xakan menguji seseorg di luar kemampuannya. Ujian itu harus d tempuh dgn jayanya.. menanti.. dan terus menanti.. bukan bagai pungguk menunggu bln jatuh keriba. Tp menanti bagaikan singa memerhatikan mangsanya. Diteliti si pemangsa.. dipelajari tingkah laku si pemangsa.. smpai masanya.. perut yg lapa kembali kyg, nikmat pun terasa.

aLuNaN tUrUn NaIk