"Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan."

Monday, December 6, 2010

=(

Kita sering tertanya, KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? Al-Quran menjawab.. 'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,  Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.' - Surah Al-Baqarah ayat 216


Sabar, pasrah dan redha
Semoga tekun dalam melaksanakan suruhanNya
Semoga istiqamah untuk menjauhi laranganNya
Semoga tidak sia-sia ilmu yg d pelajari














Friday, December 3, 2010

0


Jiwa kosong

Apabila jiwa kosong 
maka kehidupan umpama lorong duka lara, 
simpang siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan 
sedangkan deru anginnya adalah nyanyian kedukaan.

Tidak ada lagi keindahan pada mahligai tersergam 
juga kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia.

Jiwa adalah sarang kebahagiaan, 
taman ketenangan dengan seribu janji senyuman.

Kemanakah perginya kelazatan 
pada sajian hebat yang terhidang dimeja kehidupan. 
Dari manakah datangnya kepanasan 
di ruangan berhawa dingin yang membekukan hati. 

Manusia tetap manusia, 
memerlukan hidayah untuk diisikan pada jiwanya 
agar dirinya mengenal erti takut dan tunduk. 
Kerana takut itulah yang akan mengajarnya erti keberanian 
dan tunduk itulah yang akan mengajarnya erti ketinggian.

Keberanian untuk menempuh pahit dan getirnya kehidupan 
serta ketinggian untuk memetik buah kebahagian dalam rimbunan pepohon keimanan


Kosong

(i)
Aku hidup bukan satu,
Kamu bangun bukan dua,
Kita berdiri sebagai kosong,
Atas dasar filsafat hakikat Satu,
Satu yang Wujud dan Abadi,
Hidup,
Tak ada permulaan takkan punah.

(ii)
Dunia ini ketawa terbahak-bahak,
Atas kita yang kosong,
Memundak dia yang turut kosong,
Realiti mayapada adalah khayalan,
Fantasi kelajuan cahaya,
Buatan kita yang kosong,
Mantik buktinya mendefinisi,
Kenapa kita memuja tempat persinggahan,
Sedangkan akhirnya amat sukar,
Persoalan membawa jawapan,
Satu telah memberi.

(iii)
Kita kosong di sini,
Pada Satu hakikat wujud kita mesti tuju,
Denai bukannya tapi jalan,
Lurus menanti dengan senyum,
Buat kosong yang dahaga dan mencari,
Air Kasih Satu,
Kita tunduk mesti,
Moga kosong menjadi nilai,
Pada persinggahan terakhir.


2 jenis puisi yang sempat aku cari. Hosmet rmai yg pulang ke kg.. rase mcm x tau nk wt pe.. ngah sensorg kat bwh ni mcm bez bwk tajuk ni. Aku rasa sume org pasti pnah merasai kekosongan. Xperlu kot aku huraikan camne rasenye jiwa yg kosong tu. Tindakan lazim manusia, saat merasai jiwa yg kosong, dia akan duduk termenung memikirkan ape yg telah berlaku sambil mengimbas perkara2 yg telah d lakukan.. maka saat tu manusia sedang diberi pilihan.. apakah yang hendak engkau lakukan? Amat mengecewakan apabila jiwa yang kosong diisi dengan hiburan2 melalaikan. Mungkin memikirkan diri dalam kebosananan.. maka jiwa yang sedang kosong ditambah dgn kehitaman.. titik2 hitam menebal dan terus menggelap. Sedangkan jiwa yang kosong itu bagaikan satu peringatan dan satu ajakan.. TAQARRUB ILALLAH.. maka hidupkanlah jiwa.

Artikel di bwh pun aku copy edit n paste dari: http://ms.langitilahi.com/perkongsian-menghidupkan-jiwa/ 

Jalan menghidupkan jiwa hanya satu

Jalan menghidupkan jiwa hanya satu. Itulah dia menjaga hubungan kita dengan Allah SWT. Tiada jalan lain untuk menghidupkan jiwa. Meditasi, tafakur dalam gua, berseorangan, semuanya tiada makna jika ianya tidak berhubung dengan Allah SWT.

Sebab itu, kita sebagai manusia perlu melihat kembali hubungan kita dengan Allah SWT. Lebih-lebih lagi yang merasakan jiwanya kosong, gelap, gundah, resah, dan 1001 lagi perasaan yang tidak senang dalam jiwa dan kehidupannya.
Bagaimanakah hubungan kita dengan Allah SWT? Soal diri.

Kemudian lihat kehidupan kita. Dengan apa kita isi? Kebaikankah? Keburukankah? Kalau kita rasa kita dah isi dengan kebaikan, kita lihat pula bagaimana kebaikan itu kita isi. Benarkah kita buat semua kebaikan itu dengan harapan nakkan redha Allah, nakkan kasih sayang-Nya, nakkan cinta-Nya? Atau kita buat baik sebab itu adat, orang lain buat?

Matlamat di dalam beribadah adalah sesuatu perkara yang penting. Kalau beribadah, solat, baca Al-quran, bukan kerana Allah, tetap ketenangan itu tidak akan hadir. Benda ini perlu kita perhatikan dengan serius.

“Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat, dan setiap manusia itu apa yang diniatkannya, barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya, barangsiapa yang berhijrah kerana dunia untuk habuannya, atau kerana perempuan untuk dinikahinya, maka hijrahnya akan ke arah apa yang dihijrahkannya”Riwayat Bukhari dan Muslim.

InsyaAllah, kalau kita lihat semula benda ni, dan kita koreksi satu persatu, bawa kembali diri kita untuk berhubungan dengan Allah SWT, maka jiwa kita akan kembali hidup.

Cuma jelasnya, tiada yang mampu menghidupkan jiwa kita, selain daripada Pencipta Jiwa itu sendiri. Siapakah Pencipta Jiwa? Dialah Allah SWT.

Dosa pembunuh jiwa

Suka diingatkan, jauh daripada Allah adalah sebab kematian jiwa. Maka dosa adalah sesuatu yang memutuskan hubungan kita dengan Allah SWT.

Jadi, apa jua dosa, ianya akan membunuh jiwa kita. Perlahan-lahan ia membakar jiwa hingga hangus dan menjadikannya mati. Kadangkala, dosa ini kita lakukan macam benda itu tak berdosa sebab ianya dah jadi kebiasaan masyarakat kita. Contohnya merokok, contoh lain mencarut, contoh lain lagi tak tutup aurat, contoh lain lagi adalah tak jaga pandangan. Antara contoh lagi adalah terlalu asyik dengan hiburan.

Ini antara virus-virus halus yang meragut nyawa jiwa kita. Kita akan lihat, sedar-sedar kita sudah berada di tengah lembah kehancuran, jauh daripada Allah SWT.
Apatah lagi yang hidupnya penuh dengan melakukan hal-hal yang haram seperti bergaul bebas tanpa batasan, berzina, tengok benda lucah, minum arak, pergi pub, mencuri, rasuah, berbohong, membunuh, dan sebagainya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan satu dosa, terbentuklah bintik hitam di dalam hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfr, maka bersihlah dirinya dari bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melaksanakan dosanya, maka bertambahlah bintik hitam pada hatinya sehingga tertutup seluruh hatinya. Itulah karat yang disebut Allah di dalam kitabnya: Tidak sesekali demikian, sebenarnya apa yang usahakan telah menutup hati mereka[Surah Al-Mutaffifin ayat 14]” Hadith riwayat Al-Baihaqi.

Jiwa lama-lama menjadi hitam seperti buntut kuali. Tidak lagi sensitif. Tidak lagi peka. Tidak lagi dapat merasakan hangatnya bahagia. Akhirnya, memang jiwa tak akan hidup.

Jadi, hendak hidupkan jiwa, tinggalkan dosa, dekati Allah SWT Yang Maha Esa.

Ketenangan, kebahagiaan, kelapangan, semuanya di situ

Apabila jiwa sudah hidup, barulah kita akan mampu merasai ketenangan, kebahagiaan, kelapangan, dan semua perasaan yang menyenangkan. Kita akan melihat bahawa hidup itu bermakna, ibadah-ibadah yang dilakukan rasa berisi dan memberikan kekuatan, dan hubungan dengan manusia itu pun menjdi sesuatu yang menyenangkan. Semuanya apabila kita jaga hubungan kita dengan Allah SWT.

Disini aku lampirkan photo2 dari puncak korbu.. memerhatikan pemandangan ciptaan Ilahi dr sudut nun d puncak cne amat menenangkan bersama tiupan angin dingin bersuhu belasan degree..
 .

 kepulan awan d awal pg sebelum matahari terbit
 banjaran2 dr dr gunung gayong
 banjaran dr puncak gunung gayong
puncak botak, bukit chuban (yg mencacak 90 darjah) 
dan sblh kanan lg adlh korbu raya dan puncak korbu..
 pokok2 yg di penuhi lumut.. mcm permaidani basah
 bajaran2 lain
 puncak korbu
 bandaraya ipoh


Tuesday, November 9, 2010

kEpErLuaN vS pRiVaCy

telefon berbunyi..
pada skrin..
tertera nama si pemanggil..
terus mata beralih semula
meneliti baris2 ayat risalah
telefon terus berbunyi
aku menyeling
masih meneruskan pembacaan
selang beberapa minit
satu mesej masuk
aku tersenyum puas

satu mesej ym masuk
tetingkap di minimizekan
mesej ym kedua masuk
tetingkap dibuka dan diminimizekan
mesej ketiga masuk
aku beralih ke tempat lain
selang beberapa jam
aku tersenyum puas

satu mesej chat dari facebook
skali lg diminimizekan
tiada mesej seterusnya
chat dibuka dan dipangkah
option dan offline
aku tersenyum puas


*kdgkala x semua perkara perlu d lyn...

Tuesday, September 21, 2010

yG mNa sAtU??

Assalamu’alaikum... Kabare sume? Selamat Hari Raya... :)
Mate x leh nk lelap.. xtau la ape case.. padehal td ngantuk yg teramat sgt. Alang2 nih aku nk cite ckt ah cite pasal raya baru2 ni. Alhamdulillah.. kebanyakan kt berada dlm keadaan sht walafiat menyambut hari raya kali ni.. dan ada juga dalam kalangan kt yg menyambut dgn keadaan sederhana akibat kesakitan yg sedang melanda diri dan ada jugak yg x dpt cuti.. lg kecian. Whatever skalipun.. d harap kt tidak menyalahkan Allah atas apa yg kt alami dan sentiasa bersyukur serta  berharap hari esok lbh baik utk kt.

Cite raya kali ni starting dgn pertanyaan sdare kpd kak ipar aku sms aku melawat anak die yg demam panas kat hospital. Sbbkan itu kali pertama aku knal beliau, maka beliau pun tye aku, nak panggil name pe ye?? Aku tersengeh jerk.. last2 aku tye die blk.. hmmm.. nk pggil ape yerk??

Mcm payah jerk aku nak btau name panggilan. Haha.. kalo nk tau.. aku mmg byk name pggilan. Name pggiln tu berbeza2 mengikut kategori2 tertentu. Haaa... mai cni aku senaraikan name2 pggilan aku:
  
1.       Iza- panggilan ni digunakan oleh bonda, mak teh, famli pak ngah, famli mak andak dan famli arwah abah aku. Asalnya parents aku nk panggil aku ‘fah’. D sbbkan name mak aku Napipah... dan org len pggil pah.. maka terdpt kekeliruan. Jd name ‘fah’ telah d cancelkan dan name iza d guna pkai. Iza adalah gabungan dan short dr Siti Zalifah.

2.       Ica- Haa.. name ni aku x tau dari mne asal usulnye. Aku tye bonda pun bonda xtau sape la yg stat pggil name aku dgn name ica nih. Pggilan ni di guna pkai oleh jiran, kwn2 palong, kwn2 sekolah SBPIJ dan beberapa org sdare aku seperti famli mak lang dan juga famli mak uda.  

3.       Ifah- Name ni aku popularkan pas aku masuk matrik. Asalnye nak popularkan mase masuk SBPIJ. Tp x Berjaya sbb ada geng2 dak palong yg masuk SBPIJ gak dan depa dah mempopularkan aku dgn pggilan ica. Nama ifah ni d guna pkai secara majority termasuk kwn2 U dan juga kwn2 baru. Aku mempopularkan name ifah ni sbb ade gak maksudnye. Ifah or iffah bermaksud tahu harga diri.. huhu.. semoga ia menjadi doa bg setiap yang memanggil..

4.       Zalifah- ade gak kwn2 aku yg pggil aku dgn nama penuh.. especially dak2 bahan. Walaupun kadang2 tp ade jugak. Kebanyakkan dak2 laki yg x bape rapat dgn aku akan menggunakan nama zalifah dan aku pun lbh selesa dipanggil sedemikian. Zalifah bermaksud yg mara kehadapan.

5.       Siti- Adeh.. lemah gak kalo de org pggil aku ngan nama ni.. tp x leh nk marah.. sbb tu pun name aku gak. Slalu yg gne name ni dak2 chinese yg baru nk kenal aku. Pas2 kne sound ngan aku then baru diorg pggil aku ngan name ifah. Name ni pun slalu d gne oleh org2 yg dah berusia. Yelah.. name pnjg2 k.. ssh depa nk igt. Pggil je siti.. part ni bleh la aku nk accept.

6.       Adik- sinonim la k aku sbgai anak last. Payah ooo nk buang pggilan ni. Pggilan ni di guna oleh majority adik-beradik aku. Tp x sume sibling aku gne pggilan ni. Kak siti dan abg omar pggil aku dgn name ica. Haha.. plik x?

7.       Ucu- pggilan ni de 2 org je yg gne.. abg ipar aku ( husband kak siti) ngan ami, anak buah aku. Hmmm.. org bgn serai je kot yg pggil gitu.. ntah.. haha...

8.       Efort- kenangan tul name nih. Name ni pelat dari name ifah jerk. Spesel name dari rumet2 aku mase kat metrik. Name ni di pelatkan oleh Mc Jie. Aku rase smpai arini pun name tu lekat lg. Haha... Mc Jie.. Mc Jie..

9.       Za- name ni x rmai pun yg pggil. De ah 2,3 org geng biz aku yg gne name nih. Sesuke hati depa jerk pggil aku za. Pnat aku duk ckp pggil name ifah. Last2 pggil aku Za gak. Hak3..

10.   Last skali name2 loghat.. kalo org mlake akan menokok tmbah pggil aku “dak iza”. Jiran aku org jawa dan org kelantan pggil aku “pak iza”.  

11.   lain-lain.. ade gak pggil aku zali, ade gak pggil aku pah.. haaa.. ape lg erk...

tu la sume pggilan2 dari org sekeliling aku.. dalam byk2 name tu aku plg suka org pggil aku zalifah.. sngnye ifah. Sbb dua2 name ni ade maksudnya. X sia2 sesape yg duk pggil name aku tu. Untung2 dpt kat die balik k? 

Rasulullah pernah bersabda:
Ada tiga perkara yang menggambarkan kecintaanmu kepada saudaramu: kamu
mengucapkan salam kepadanya ketika bertemu dengannya; meluaskan tempat untuknya dalam majlis; memanggilnya dengan nama paling disukainya (HR al-Hakim )


aLuNaN tUrUn NaIk