"Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan."

Friday, October 24, 2008

mIsKin Tp kaYa

Pas bce artikel ni.. <click d sini>, waduh… atiku tersentuh bangat. Terkenang d saat satu ketika dulu… bonda seringkali mengungkap kata2 tersebut. 'Biar miskin harta tapi kaya ilmu'.

Kata2 tersebut membuatkan abg dan kakakku sanggup berhabisan wang utk belajar di mana2 kelas yg menawarkan beberapa kursus utk mereka termasuk kursus perniagaan dan akaun. Mungkin d sbbkan kesuntukan masa dengan waktu kerja seharian yg x menentu dan masa yg terhad utk melayani anak2 dan perkara lain menyebabkan mereka agak terbatas utk meneruskan cita2 tersebut.

Aku bernasib baik… dari kecil smpi kini.. tugas utama.. study..study dan study… kalo bab menoreh getah, even anak peneroka.. pisau getah pun aku x pnah pgg, tmbh lg nak tarah kat pokok getah. Stakat belek2 sbb kne kemas raga moto ade ah. Nak g jln2 nek moto.. xkan nak hangkut jugak pisau getah tu. Huhu…


Sebenarnye.. bukan krn kkurangan harta yg menyebabkan ssorg tu berjiwa kental utk semangat study. Ttp pengorbanan org yg kkurangan harta tu yg menyebabkan diri yg lemah mampu tegap berdiri.

Anak mane yg x tersentuh hatinye melihat ibu bapenye mengelap peluh keringat.. anak mane yg mampu memerhatikan ibu dan bapenye merintih kepenatan, yg kdgkala mundar mandir menyelesaikan masalah hutang. Anak mana pula yg sanggup membiarkan ibu dan bapanya terbongkok2 dengan kerja2 yg berat.. anak mana yg mampu mengabaikan ibu dan bapanya dimamah usia dengan hanya bekerja keras sepnjg usianya..

Pasti akan terselit d hati anak2 ini utk belajar bersungguh2, mendpt kerja yg bgus, membalas budi dan jasa mereka dan ingin agar mereka hanya duduk smbil berlenggang kaki.

Mungkin ibu bapa kita hidup tidak ssh sedemikian.. namun x salah jika kita menganggap ibu bapa org lain yg ssh itu sama seperti ibu bapa kita. Mungkin kejayaan kita mmpu menolong mereka suatu hari nnt. Amin…

Monday, October 20, 2008

sAkIt- BeRseLinDuNg d SeBaLik sIhaT

Mengikut ulamak, antara tanda orang berpenyakit hasad itu ialah:

a. Menunjuk-nunjukkan kasih di depan kita, tetapi mengumpat di belakang kita.
b. Senang hati atau tidak bersimpati apabila kita ditimpa kesusahan.

Kesan buruk daripada penyakit hasad itu pula ialah:

a. Membinasakan amal kebajikan dan ketaatan kepada Allah Taala.
Rasulullah saw bersabda, maksudnya: Hasad itu memakan kebajikan seperti api
memakan kayu yang kering.

b. Mendatangkan keluh-kesah dan dukacita.
c. Membawa kepada perbuatan maksiat.
d. Mata hati menjadi buta, sehingga tidak dapat memahami hukum-hukum Allah.
Sufyan al-Tsauri bermadah: "Jangan engkau menjadi pendengki supaya engkau
cepat menangkap kefahaman (tidak buta mata hati)".
e. Diharamkan atau ditahan daripada kebajikan dan tidak diberi taufik oleh Allah Taala.
Imam Khatimul-Asham bermadah: "Pendendam itu bukan orang beragama, pencaci
itu bukan orang beribadat, pengacum itu bukan orang yang boleh dipercayai dan
pendengki itu bukan orang yang mendapat pertolongan".

Penyakit hasad dapat dicegah dengan cara:

a. Sentiasa mengingati kewajipan atau tanggungjawab muslim terhadap muslim dan seluruh muslimin.
b. Mengikut prinip-prinsip ajaran agama Islam. Menjalinkan kasih sayang (mahabbah)
c. Tolong menolong, bantu-membantu, nasihat-menasihati dan sebagainya antara satu salam lain di kalangan kaum muslimin / muslimat.
d. Sentiasa menghormati hak mukmin yang mendapat keistimewaan dan darjat yang tinggi daripada Allah Taala.
e. Sentiasa mengharapkan syufaat daripada mukmin di akhirat kelak.
Oleh sebab penyakit hasad itu begitu berbahaya, maka amat wajarlah hati
yang terlibat segera diberi rawatan dan pencegahan. Dengan mengingati dan
mempraktikkan amalan-amalan yang tersebut, insya Allah, terselamatlah kita
daripada penyakit dan buruk akibatnya itu.

Monday, October 13, 2008

Nasihat Imam Shafie untuk mencari SAHABAT.

Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

  • Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
  • Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
  • Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
  • Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.


Mencari sahabat pada waktu susah

  • Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"
  • Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Pasang surut persahabatan

  • Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.
  • Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.
  • Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.
  • Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
  • Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.
  • Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

Sukarnya mencari sahabat sejati

  • Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.
  • Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.
  • Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.
    Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

Sahabat sejati pada waktu susah

  • Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.
  • Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.


Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah. Siri 19/06

Wednesday, October 8, 2008

RaBiTaH hAtI


Doa ini disuburkan oleh Imam asy-Syahid Hasan al-Banna selaku pengasas Ikhwanul Muslimin. Kalo mase disekolah dulu, hampir setiap ptg aku d wajibkan trn ke surau membace Al-Mathurat slps subuh dan asar secara berjemaah. Time bce doa ni.. sikit pun aku x fhm isi2nye. x trase pun yg doa ni bagaikan satu motivasi selaku diri kite sbgai khalifah Allah d muke bumi ni.


Smpi la satu pg di kampus USM ni, aku tergerak nk bce maksud doa ni. Slalu men bce jerk dlm bahse arab. Huhu... Setelah d tarbiyah dan d beri tunjuk ajar spy menjadi seorg yg berdakwah, amat penting rupenye doa ni sebagai penguat diri. Patutlah dlm mne2 majlis bersama sahabat2, terutama semasa usrah, doa ini x d miskan. Huhu.. ttibe rase terharu mengenangkan waktu bersama sahabat2.. kenangan yg cukup indah bg ku sepanjang berada d USM ni. Syukur pada-Mu Ya Allah atas pemberian-Mu ini.

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa
hati-hati ini berkumpul
untuk mengasihi-Mu,
betemu untuk mentaati-Mu,
bersatu untuk memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu.”


“Ya Allah, eratkanlah ikatannya,
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya.
Penuhilah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu
yang tidak kunjung malap,
lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman
dan keindahan tawakkal kepada-Mu.”



“Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat-Mu,
Jika Engkau mentaqdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik
Pelindung dan sebaik-baik Penolong.


Ya Allah, kabulkanlah permintaan ini
dan berilah selawat dan salam-Mu ya Allah
ke atas Nabi kami Muhammad,
keluarga dan para sahabatnya.”


aLuNaN tUrUn NaIk