Kalau dia tak layan, kalau dia tak terima cinta kita, tell yourself IT’S OKAY, at least… aku BERJAYA meluahkan perasaan cinta yg terpendam dalam diri aku. Itu adalah kejayaan yang sebenar! Daripada tidak luah langsung, tidak try pun… buat apa? Betul tak?Kita tidak perlu bersedih apabila cinta kita di tolak, tetapi kita seharusnya bersedih apabila kita tidak meluahkan perasaan cinta kita kepada orang yang kita cintai.
Antre dua ayat yg aku temui ketika membace blog-blog umum.Berkali-kali aku mengulangi ayat tersebut smbil membygkan seandainya aku mengaplikasikan spt ayat tersebut. Hmm.. mcm ade yg x kene. kalo 10 org kita cinta.. perlu ke kt btau kat sepuluh2 tu?? Adakah ini selari dgn ajaran Islam. Sedangkan kbykkn kisah2 cinta terzahir melalui peminangan dan pernikahan. Mungkin perlukan penambahan disitu spy byinye x menjuruskan kpd COUPLE. tuk kepastian.. jom go through artikel d bwh:
Artikel d copy paste dr : http://zueraidahmuda.blogspot.com/2010/03/pengurusan-cinta-menurut-perspektif.html
Imam Muhammad Ibnu Daud Az-Zahri berkata bersandar kepada hadis Nabi saw bahawa: “Barang siapa yang jatuh cinta kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar, maka Allah akan mengampuni orang tersebut dan memasukkannye ke dalam syurga.”
Apabila seseorang itu jatuh cinta, janganlah ia dengan mudah meluahkan perasaannya kepada wanita yang dicintai. Kerana ia akan mengganggu emosi wanita tersebut. Andainya ditakdirkan ketika itu wanita tersebut telahpun mempunyai pilihan hati, emosinya akan mula terganggu. Kerana pernah terjadi di mana seorang wanita yang hampir berkahwin, tiba-tiba jatuh hati kepada seorang lelaki lantas menjalinkan hubungan cinta bersama lelaki tersebut. Ketika di hari pernikahan, lelaki tersebut berasa dipermainkan lantas membunuh wanita itu.
Sebab itu , apabila timbul rasa cinta di dalam hati terhadap seseorang hendaklah disampaikan kepada orang yang amanah, yang dapat membantu proses seterusnya seperti merisik keadaan insan pilihan itu. Andainya ia menolak, terimalah dengan hati yang terbuka bahawa berkemungkinan dia masih tidak bersedia untuk berkahwin, atau tiada jodoh. Sekiranya dia menerima lamaran itu, hendaklah diatur urusan seterusnya melalui orang tengah atau terus kepada pihak keluarganya. Dengan cara ini, barulah perkahwinan itu ada kemanisan dan keberkatannya.
Pernah seorang Tabi’in jatuh cinta kepada seorang wanita. Beliau mengetahui bahawa wanita itu akan berkahwin dengan sahabatnya sendiri, lalu beliau memendamkan perasaanya sehinggalah akhir beliau jatuh sakit dan meninggal dunia. Imam Ibnu Hazam telah berkata, bersandarkan kepada kisah seorang lelaki yang telah datang berjumpa dengan Saidina Umar Al Khattab r.a, katanya: “Aku telah melihat seorang wanita kemudian aku jatuh cinta kepadanya, kemudian Umar r.a menjawab, “Itu adalah termasuk suatu perkara yang tidak dapat dimiliki. "
Perasaan cinta itu adalah suatu yang tidak dapat dimiliki, dan ia juga merupakan ujian dari Allah S.W.T . Perlu difahami bahawa kecintaan, kasih sayang dan rasa tertarik pada sesuatu yang indah itu bukan suatu yang tercela,tetapi cinta yang mendorong ke arah maksiat itulah cinta yang terlarang.
Cinta itu bukanlah suatu yang tercela apabila kita mengikut lunas-lunas Islam. Budaya couple adalah budaya barat dan bukan budaya Islam. Banyak rancangan dan drama-drama tv yang membawa kisah-kisah tentang percintaan yang bermula dengan pertemuan, bercintaan selama bertahun-tahun yang terlalu banyak ranjaunya sehingga akhirnya berkahwin. Ini bukan gambaran cinta yang sebenar dalam Islam. Gambaran cinta dalam Islam ialah, apabila telah bernikah, pasangan itu saling berusaha untuk menjalankan tanggungjawabnya di dalam rumahtangga. Setelah berkahwin, tiada halangan lagi untuk menzahirkan cinta kerana di sanalah tempat yang selayaknya. Orang yang telah merasa manisnya bercinta dahulu tidak akan dapat merasakan kemesraan dan cinta setelah berkahwin. Sebab itu banyak berlaku penceraian kerana telah hilangnya kemanisan cinta di dalam rumahtangga yang dibina.
Pihak Ketiga
Dari Jabir r.a, bersabda Nabi S.A.W,: “ Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat,jangan sekali-kali dia berdua-duaan di dalam tempat sepi dengan seorang wanita, sedang dia dengan wanita tersebut tidak memiliki hubungan keluarga (mahram), kerana yang ketiga dari mereka adalah syaitan”.
Kita dilarang untuk melakukan pertemuan-pertemuan ‘tidak rasmi’ di antara lelaki dan wanita. Sebagai contoh, tidak boleh seorang lelaki menyuarakan hasrat kepada seorang wanita secara berdua-duaan di satu meja, sekalipun terdapat ramai orang lain disekelilingnya. Ini kerana di sana tetap ada ‘yang ketiga’ iaitu syaitan. Mungkin ramai yang menganggap pertemuan begini tidak mengapa kerana berbincang dikhalayak ramai. Tetapi siapa yang tahu sekiranya bertemu berdua, perbualannya mungkin diselitkan unsur-unsur lain yang menimbulkan syahwat. Kiranya ada orang lain datang, topik perbualan tadi segera ditukar supaya orang tidak mengetahuinya. Begitulah sebenarnya syaitan cuba mengganggu hati manusia. Sebab itu Islam melarang seorang lelaki dan seorang perempuan yang bukan mahram untuk ‘dating’ berdua-duaan.
Pernah berlaku kepada seorang ahli ibadah (abid) yang terkenal di sebuah perkampungan. Beliau adalah orang yang dipercayai dikalangan penduduk setempat untuk merujuk sebarang permasalahan dan mengubati penyakit. Suatu hari seorang gadis tiba-tiba sakit dirasuki jin. Keluarganya lantas membawanya berjumpa dengan si abid itu untuk mengubatinya. Keluarga gadis itu ingin agar gadis tersebut dibiarkan sahaja tinggal sementara di situ supaya mudah untuk diubati. Pada awalnya, si abid tadi tidak mahu berbuat demikian, tetapi setelah didesak oleh keluarga si gadis itu, akhirnya beliau membenarkan. Gadis itu ditempatkan di dalam sebuah bilik khas diluar rumah si abid tadi. Setiap hari, si abid itu akan memberikan makanan, tanpa berbicara sedikitpun. Tetapi syaitan membisik kepadanya supaya menyelidiki keadaan gadis itu dengan bertanya perkhabarannya kerana gadis itu adalah amanah dari keluarganya. Hatinya mula terdetik untuk bertanya khabar dengan gadis itu setiap kali beliau datang menjenguk keadaannya. Setelah beberapa hari, si abid itu semakin mudah berbual-bual bersama gadis itu usai mengubatinya. Si abid itu akan duduk-duduk berbual bersama gadis itu setiap hari, sehinggalah akhirnya berlakulah zina di antara mereka. Si abid itu diliputi rasa bersalah. Kerana, dia telah memungkirinya janjinya untuk mengubati gadis itu sebaliknya melakukan perbuatan yang terkutuk . Syaitan sekali lagi membisik kepadanya agar dia bunuh sahaja gadis itu dan segera ditanam di kawasan rumahnya. Sekiranya keluarga gadis itu datang, katakan sahaja bahawa gadis itu telah meninggal dunia akibat kesakitan yang dialaminya. Si abid tadi tidak berfikir panjang, lantas membunuh gadis tersebut lalu ditanam di perkarangan rumahnya. Selang beberapa hari kemudian, keluarga si gadis itu datang untuk bertanyakan khabar mengenai saudara mereka. Sesampainya di rumah Abid itu, mereka berasa hairan kerana anak gadis itu tiada. Si Abid diselubungi rasa takut, namun dia lantas cuba menyembunyikan perasaannya. Dia memberitahu bahawa gadis itu sudah pun meninggal dunia akibat kesakitan yang ditanggungnya. Keluarga gadis itu berasa sedih lantas pulang ke rumah mereka. Malam itu, salah seorang daripada mereka bermimpi, bahawa si abid tu telah membunuh gadis itu lantas menanamnya di rumahnya. Lantas dia menceritakan mimpi tersebut kepada keluarganya. Mereka mula berasa syak terhadap abid itu, lalu bersiap ke rumahnya. Akhirnya terbongkar rahsia si abid, dan mereka berjaya menemui mayat gadis itu di perkarangan rumahnya. Si abid berasa cemas. Dia cuba untuk melarikan diri, namun berjaya ditangkap. Ketika hampir dibunuh, tiba-tiba syaitan pun menjelma kepadanya. Syaitan pun menawarkan ‘pertolongan’, dengan syarat si abid itu mesti bersujud kepadanya. Si abid itu lantas bersujud kepada syaitan tanpa berfikir lagi. Setelah itu, dia dibunuh dan matilah si abid itu dalam kekufuran. Sungguh begitulah tipudaya syaitan pada manusia. Dia telah bersumpah untuk menyesatkan anak Adam sehingga ke hari qiamat. Kerana itu, berdoalah kita agar sentiasa dijauhkan dari tipudaya syaitan durjana. Alangkah ruginya dan apalah ertinya kehidupan ini bila iman sudah tergadai.
Diri ini tidak sempurna.. ttp berusaha utk menjd lbh baik.. Lets bygone be bygone.. Smoge aku menemui cinta yg suci.. Cinta yg di berkati olehNya.. Cinta yg mulia di sisiNya..