"Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan."

Friday, October 24, 2008

mIsKin Tp kaYa

Pas bce artikel ni.. <click d sini>, waduh… atiku tersentuh bangat. Terkenang d saat satu ketika dulu… bonda seringkali mengungkap kata2 tersebut. 'Biar miskin harta tapi kaya ilmu'.

Kata2 tersebut membuatkan abg dan kakakku sanggup berhabisan wang utk belajar di mana2 kelas yg menawarkan beberapa kursus utk mereka termasuk kursus perniagaan dan akaun. Mungkin d sbbkan kesuntukan masa dengan waktu kerja seharian yg x menentu dan masa yg terhad utk melayani anak2 dan perkara lain menyebabkan mereka agak terbatas utk meneruskan cita2 tersebut.

Aku bernasib baik… dari kecil smpi kini.. tugas utama.. study..study dan study… kalo bab menoreh getah, even anak peneroka.. pisau getah pun aku x pnah pgg, tmbh lg nak tarah kat pokok getah. Stakat belek2 sbb kne kemas raga moto ade ah. Nak g jln2 nek moto.. xkan nak hangkut jugak pisau getah tu. Huhu…


Sebenarnye.. bukan krn kkurangan harta yg menyebabkan ssorg tu berjiwa kental utk semangat study. Ttp pengorbanan org yg kkurangan harta tu yg menyebabkan diri yg lemah mampu tegap berdiri.

Anak mane yg x tersentuh hatinye melihat ibu bapenye mengelap peluh keringat.. anak mane yg mampu memerhatikan ibu dan bapenye merintih kepenatan, yg kdgkala mundar mandir menyelesaikan masalah hutang. Anak mana pula yg sanggup membiarkan ibu dan bapanya terbongkok2 dengan kerja2 yg berat.. anak mana yg mampu mengabaikan ibu dan bapanya dimamah usia dengan hanya bekerja keras sepnjg usianya..

Pasti akan terselit d hati anak2 ini utk belajar bersungguh2, mendpt kerja yg bgus, membalas budi dan jasa mereka dan ingin agar mereka hanya duduk smbil berlenggang kaki.

Mungkin ibu bapa kita hidup tidak ssh sedemikian.. namun x salah jika kita menganggap ibu bapa org lain yg ssh itu sama seperti ibu bapa kita. Mungkin kejayaan kita mmpu menolong mereka suatu hari nnt. Amin…

Monday, October 20, 2008

sAkIt- BeRseLinDuNg d SeBaLik sIhaT

Mengikut ulamak, antara tanda orang berpenyakit hasad itu ialah:

a. Menunjuk-nunjukkan kasih di depan kita, tetapi mengumpat di belakang kita.
b. Senang hati atau tidak bersimpati apabila kita ditimpa kesusahan.

Kesan buruk daripada penyakit hasad itu pula ialah:

a. Membinasakan amal kebajikan dan ketaatan kepada Allah Taala.
Rasulullah saw bersabda, maksudnya: Hasad itu memakan kebajikan seperti api
memakan kayu yang kering.

b. Mendatangkan keluh-kesah dan dukacita.
c. Membawa kepada perbuatan maksiat.
d. Mata hati menjadi buta, sehingga tidak dapat memahami hukum-hukum Allah.
Sufyan al-Tsauri bermadah: "Jangan engkau menjadi pendengki supaya engkau
cepat menangkap kefahaman (tidak buta mata hati)".
e. Diharamkan atau ditahan daripada kebajikan dan tidak diberi taufik oleh Allah Taala.
Imam Khatimul-Asham bermadah: "Pendendam itu bukan orang beragama, pencaci
itu bukan orang beribadat, pengacum itu bukan orang yang boleh dipercayai dan
pendengki itu bukan orang yang mendapat pertolongan".

Penyakit hasad dapat dicegah dengan cara:

a. Sentiasa mengingati kewajipan atau tanggungjawab muslim terhadap muslim dan seluruh muslimin.
b. Mengikut prinip-prinsip ajaran agama Islam. Menjalinkan kasih sayang (mahabbah)
c. Tolong menolong, bantu-membantu, nasihat-menasihati dan sebagainya antara satu salam lain di kalangan kaum muslimin / muslimat.
d. Sentiasa menghormati hak mukmin yang mendapat keistimewaan dan darjat yang tinggi daripada Allah Taala.
e. Sentiasa mengharapkan syufaat daripada mukmin di akhirat kelak.
Oleh sebab penyakit hasad itu begitu berbahaya, maka amat wajarlah hati
yang terlibat segera diberi rawatan dan pencegahan. Dengan mengingati dan
mempraktikkan amalan-amalan yang tersebut, insya Allah, terselamatlah kita
daripada penyakit dan buruk akibatnya itu.

Monday, October 13, 2008

Nasihat Imam Shafie untuk mencari SAHABAT.

Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

  • Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
  • Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
  • Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
  • Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.


Mencari sahabat pada waktu susah

  • Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"
  • Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Pasang surut persahabatan

  • Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.
  • Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.
  • Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.
  • Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
  • Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.
  • Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

Sukarnya mencari sahabat sejati

  • Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.
  • Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.
  • Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.
    Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

Sahabat sejati pada waktu susah

  • Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.
  • Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.


Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah. Siri 19/06

Wednesday, October 8, 2008

RaBiTaH hAtI


Doa ini disuburkan oleh Imam asy-Syahid Hasan al-Banna selaku pengasas Ikhwanul Muslimin. Kalo mase disekolah dulu, hampir setiap ptg aku d wajibkan trn ke surau membace Al-Mathurat slps subuh dan asar secara berjemaah. Time bce doa ni.. sikit pun aku x fhm isi2nye. x trase pun yg doa ni bagaikan satu motivasi selaku diri kite sbgai khalifah Allah d muke bumi ni.


Smpi la satu pg di kampus USM ni, aku tergerak nk bce maksud doa ni. Slalu men bce jerk dlm bahse arab. Huhu... Setelah d tarbiyah dan d beri tunjuk ajar spy menjadi seorg yg berdakwah, amat penting rupenye doa ni sebagai penguat diri. Patutlah dlm mne2 majlis bersama sahabat2, terutama semasa usrah, doa ini x d miskan. Huhu.. ttibe rase terharu mengenangkan waktu bersama sahabat2.. kenangan yg cukup indah bg ku sepanjang berada d USM ni. Syukur pada-Mu Ya Allah atas pemberian-Mu ini.

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa
hati-hati ini berkumpul
untuk mengasihi-Mu,
betemu untuk mentaati-Mu,
bersatu untuk memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu.”


“Ya Allah, eratkanlah ikatannya,
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya.
Penuhilah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu
yang tidak kunjung malap,
lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman
dan keindahan tawakkal kepada-Mu.”



“Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat-Mu,
Jika Engkau mentaqdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik
Pelindung dan sebaik-baik Penolong.


Ya Allah, kabulkanlah permintaan ini
dan berilah selawat dan salam-Mu ya Allah
ke atas Nabi kami Muhammad,
keluarga dan para sahabatnya.”


sYgKu.. JaSaMu x mAmPu kU bALaS


Dihari raya kelmarin, sdg sdara maraku bersalam-salaman utk pulang ke rumah msg2, aku tertarik dgn gelagat senda gurau sepupuku @ ank pak ngahku.. sungguh terzahir kasih syg yg mereka berikan kpd mak sdareku. Mereka mendakap tgn mak sdaraku smbil bepelukan dgn penuh erat, disertai pertemuan pipi dan ciuman ke dahi. Tetibe mak lang ku di rangkul skali lagi, lantas didukung oleh sepupuku. Gurauan beliau menunjukkan tidak mahu berpisah… kemudian adiknye pula menyusul, agak tggi dr kakaknye, lelaki.. mereka bersalaman dan bergurau membuat pertemuan pipi. X abis d situ.. tetibe mak langku pula diangkat. Kalah pasangan romantic dan d letakkan di hujung pintu. Ketika pakngah ku sdh bersiap utk bertolak pergi, tetiba sepupuku yg lelaki td berlari keluar dr kereta. Sume org kaget. Knape???, tertye2 sume org. Mne2??? Tye spupuku td. Matenye meluru kearah mak langku.. Nak bwk gi balik perak, kata sepupuku smbil mendokong mak langku berlari ke kereta. Sume org tergelak kelucuan dan aku…

Aku x mampu nk ketawa.. wt2 jerk ketawa. Nnt pe plak yg len kate. Mungkin ak terkejut dgn situasi tersebut. Belum pnah aku saksikan sblm2 ni. Rase terharu. Aku sendiri x mmpu utk berbuat sedemikian. Kebiasaannye.. kalo dengan bonda, aku juz salam, dan bonda yg kemudian akan mencium pipi dan dahiku. Kalo dgn og len, salam je ah.. kalo ngan sahabat2, br de pertemuan pipi n tepuk2. Egonye diriku ini.. huhu.. need a time to change…

Sukar ke sbnrnye utk memberikan rase syg kepada org len??? Agak2 sesape yg ade cara lbh sng, bleh la bg tips pd aku nih. Hehe… anyway.. spnjg hidup aku, aku terhutang budi kpd org2 ni. Kasih sygnye pd ku x terbelah bhgi. Walaupun nmpk cam remah, tp bg aku.. aku merasai ksh dan sygnye.. yg pertama skali..

Bondaku..
Walaupun aku ni anak last, bonda didik aku seperti aku anak 1st. mmg x bleh lari ah manje2 tu.. tp whatever camne pun bonda didik aku dgn sbaiknye. Sakit dan demam, bonda jge ngan baik. Dari segi pelajaran, demi menyekolahkan aku dgn wang yg mencukupi, bonda sggup jatuh bgn blaja naik moto. Sggup jugak meredah hutan belukar, hujan, panas dgn menorah getah. Sanggup jugak berlapar dan bersengket duit utk beli mknn dirinye sendiri. Dan sggup jugak menebalkan muke meminjam wang dr jiran2 utk kegunaan aku. Byk lg yg mungkin bonda sembunyikan dr pengetahuan aku.

Org yg seterusnya.. abg dan kakakku,
Dari kecik… kalo depa kne marah.. xde org len.. mmg aku ah penyebabnye.. anak manje.. haha.. dari kecik bonda dah ajar aku jgn suke minta2. Terutama kat abg n akak aku. Mintak kat bonda jerk, sbb depa dah bg duit belanje stiap bulan kat bonda. Hmmm.. sbnrnye ngan bonde pun aku takut nak mintak. Kui3.. skang ni sgale perbelanjaan, slalunye aku akn refer pd akk ku, kak siti. Die la satu2nye kakak yg aku uh.. bggenye ade kakak sptnye.. wktu sblm kawin.. kak siti la yg slalu bntu bonda, dr segi kewngan, hal2 rumah. Kdgkala kak siti akan cal aku, tye camne aku blaja.. duit ckup ke tak… kalo aku de pape hal.. dgn mudah je die akan menghulurkan bantuan. Selepas kahwin, kak siti stil x berubah. Malah lg rajin mengambil tahu ttg aku. Wajahnye sentiasa ceria dan sering bergurau. Selepas masuk kmpus, Aku kerap skali dtg ke rumahnye. Jd x mustahil aku tau masalahnye. Mmg die x crite pd sesiape. Hmm.. hal rumah tgge.. x baik crite kat org. aku plak.. isk3.. camne nak tlg akk aku nih??? Aku hya mmpu berdoa, agar die bahgie.

Lg…

Dr dulu 1st aku knal die… byk bende yg aku blaja. Dr sesusah2 hal smpi la hal2 yg sng. Dari x reti kpd reti. Dr x fhm kpd faham. Dari x tahu pape kpd tahu byk. Dan dgn itu la aku mengaplikasikan sebaiknye hidup sebagai seorg remaja. Mungkin Allah menemukan kami agar aku blaja erti kasih syg yg d berikan. Erti hormat-menghormati org lain, mengambil berat org lain.. walapun aku rase die xsedar ape yg telah die berikan pada aku.. aku teringin agar kasih syg yg d berikan berpanjangan. Dan aku juga berharap andainye kasih syg itu hilang, aku ingin mencurahkan semula kasih syg yg telah d berikan pada aku..

oh sahabat… oh temanku..
Thanks to all..



Monday, October 6, 2008

KeGeMbiRaAn rAya 2Oo8

Detik2 bermula 1st hari raya masih baru aku rasakan. Semestinya raya kali ni de bez dari tahun2 sblmnye. Sejarah hitam yg berlaku pada raya tahun lepas bgaikan sudah terubat. Aku kire ape yg aku rase turut d rasai oleh famli dan juga sanak sdaraku. Walaupun masih ade kesan2 sejarah tu… d sbbkan kgembiraan hari raya, sume tu bagai telah diabaikan..hehe… bende yg x baik.. x yah kite ungkit.. yg perlu d ungkit skang..apela yg bez sgt raye tahun ni.

1st of all… of coz raye tahun ni aku x kms rumah sensorg.. d sbbkan cuti yg cantik2 selama seminggu, aku dan akak aku berpeluang balik lbh awal. Sempat la 2 hari kami berpengsan-pengsanan mengemas rumah. Siap wt 3 jenis masakan.. rendang ayam, kerang masak rempah dan sambal udang.. x tggl jugak ketupat. Mahal tu ketupat yg kami wt.. daun aku yg ambik kat pokok, then d anyam beramai2. Dan kebetulan sume org dah lupe camne nak anyam. Maklum ah akak n abg aku sume kawin ngan org utara… ketupat palas jerk yg depa slalu kne wt. kui3…
Tu sebelum hari raya.. pada pagi raya.. walaupun majlis bermaaf2an d buat secara lintang pukang.. tp satu upacara yg plg syok, sume org bermekap dan menggayakan pakaian n tudung masing2.. cermin de satu, pas2 sume berebut2 nak duk depan cermin. Time tu org2 laki sume g masjid.. hehe.. so kami bebas utk bergaye. Walaupun gitu.. xde la lbh2 pun.. cukup nmpk comey jadi ah.

Perkara seterusnya… walaupun aku de 6 org adik-beradik, x sume dpt join bersama. 3 org abg, sorg raya blah isteri kat penang, sorg raya blah istri kat grik perak n sorg lg raye kat Indon.. ntah ble gaknye dpt raye kat M’sia. 2 org akk, sorang raya kat rumah d KL, cian dpt cuti sehari.. n akk aku lg sorg yg turut beraya bersama aku. Tahun lepas depa dah raya kat perak. Hehe… walaupun berjauhan.. tp SMS dan hp dah menyatukan kami. Siap berbalas2 SMS raya n akk aku yg raye kat KL tu, sggup menghabiskan kredit berbelas2 hinggit cal mak aku. Lepaskan kesedihan ah tu. Hehe…

Lg… pada hari raye 1st, aku dan sdare mare telah beraya sakan. Start dari kul 9 pg smpi kul 4 ptg. Kire2 ade ah dlm 12 rumah kami berkunjung. Yg ni adat kami setiap tahun. 12 rumah tu sume rumah sdare mare.. dlm satu kg jugak. Tu br sdare mara blah mak. Lum lg blah arwah abah aku.. yg smstinye aku x pnah tau.. tahun depan ah. Wt rancangan len plak. Haha..

Hari raya ke-2.. kami beramai2 gi raya jauh ckt. Tp stil area mlaka. Anyway… baru la aku knal sdara mare atau adik2 bradi2 wan aku. Tp sbnrnye x fhm.. sbb moyang aku dulu kawin 3. Haha… ntah sape2 ntah. Mmm.. dlm pada tu gak aku baru kenal sdare mare aku yg tggl d Singapura. Mereka slalu berkunjung ke M;sia rupenya. Sume de rupe cina. Dan ade gak mirip2 muke beberape org spupu aku. Hehe.. dah name
sdare mare…

Hari raye ke-3. Sume adik-beradik mak aku dtg ke rumah aku d N9. Fuh.. padat rumah. Kete berderet 6 biji, kmudian d tmbh kete abg aku yg br pulang dr penang.. so ade 7. Dlm hiruk pikuk tu.. aku dpt brite gumbire.. huhu.. moge bilangan ank buahku akan bertambah 6 bulan dr skang.. hehe.. sronoknye… dan ami plak, ank buahku sudah pndai bercakap. Beznye ble kami dpt bergurau bersame..hehe.. hmm… byk lg.. ckup ah tu. Conclusionnye… aku syg Ramdhan dan Raye tahun ni.. sgguh manis aku rasekan. Moge thun depan lg manis. Bleh jd madu.. mkn ngan roti..hehe…


aLuNaN tUrUn NaIk