"Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan."

Thursday, August 27, 2009

Mimpi Seorang Nabi Allah

ABUL LAITS AS SAMARQANDI, di dalam Tanbihul Ghafilin menceritakan, ada nabi-nabi yang bukan rasul, menerima wahyu dalam bentuk mimpi. Seorang nabi telah bermimpi menerima perintah berbunyi: "Esok engkau keluar dari rumah waktu pagi menghala ke barat. Engkau hendaklah membuat lima perkara. Yang pertama engkau jumpa, makanlah. Kedua, engkau sembunyikan. Ketiga, engkau terimalah. Keempat, jangan putuskan harapan. Kelima, larilah daripadanya."

"makanlah akannya"
Esok harinya nabi itu pun keluar menuju ke barat. Yang pertama ditemuinya ialah sebuah bukit berwarna hitam. Dia kebingungan. "Sungguh aneh, aku diperintah memakan apa yang pertama aku temui." Dengan bertawakal kepada Allah, dia menuju ke bukit tersebut untuk memakannya. Tiba-tiba bukit itu menjadi kecil sebesar roti. Maka nabi itu pun memakannya. Rasanya sungguh manis seperti madu. Dia pun mengucap syukur kepada Allah.

"sembunyikan ia"
Selepas itu bertemu pula sebuah mangkuk emas. Lantas dia menggali lubang untuk menyembunyikannya. Apabila mahu berangkat, mangkuk itu terkeluar semula. Lalu di tanamkannya kembali. Tetapi ia terkeluar juga, sehingga tiga kali berturut-turut. Nabi itu berkata, "Aku telah melaksanakan perintah-Mu," sebelum meneruskan perjalanannya.

"terimalah ia"
Sejurus kemudian dia terserempak dengan seekor burung kecil dikejar seekor helang. Burung kecil itu merayu, "Wahai nabi Allah, tolonglah aku." Dia berasa simpati. Diambilnya burung itu lalu memasukkannya ke dalam bajunya.

"jangan putuskan harapan"
Helang itu datang menghampirinya dan berkata, "Wahai nabi Allah. Aku sangat lapar. Aku telah mengejar burung itu sejak pagi lagi. Janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku." Teringat akan mimpinya, dia lalu memotong sedikit daging pehanya buat mengganti rezeki helang itu.

"larilah daripadanya"
Dengan pehanya yang luka, Nabi itu meneruskan perjalanan demi menunaikan perintah Allah. Sebentar kemudian, dia terlintas dengan satu bangkai yang amat busuk. Tergesa-gesa dia lari kerana tidak tahan akan baunya.

Maksud di sebalik peristiwa :-
Setelah kembali, pada malam harinya nabi itu berdoa: "Ya Allah, Aku telahpun melaksanakan sepertimana yang diarahkan. Maka tolonglah jelaskan apakah ertinya semua ini."

Ketika tidur dia bermimpi lagi. Allah memberitahu:
"Yang pertama engkau makan, ialah marah. Mulanya besar, tetapi jika bersabar dan dapat mengawalnya, ia akan menjadi lebih manis daripada madu."

" Kedua , amal kebaikan , walaupun disembunyikan, ia tetap akan nampak jua."

" Ketiga , jika sudah menerima amanah , janganlah khianat kepadanya."

" Keempat , jika orang meminta padamu, usahakanlah menunaikan hajatnya meskipun engkau sendiri berhajat."

" Kelima , yang busuk itu ialah ghibah (mengumpat atau mendedah keaiban orang lain). Larilah dari mereka yang membuat ghibah."

posted by Cahaya Mukmin

Thursday, August 6, 2009

...

Assalamua’laikum… Alhamdulillah… agak lame aku x masukkan apa2 entri kat blog ni. Hmm… ketiadaan internet d rumah bkn penghalang utama … mungkin byk perkara lbh mudah d share melalui pergaulan2 di dunia nyata berbanding d dunia maya ni. Mungkin jugak perkara yg berlaku sukar d pindahkan melalui penulisan… dan lbh mudah utk d simpan sndri.

Aku masih tiada apa2 untuk entri kali nih. Walaupun sblm2 ni terdpt bberapa entri yg sdh aku taip untuk d jdkan entri… akhirnya aku delete tanpe tahu sbb dan musababnye. Mungkin entri tu utk diriku sndri bkn utk kalian. Walaupun bgitu… aku berbesar hati utk meletakkan rasa kebanggaan buat sahabat baik aku… rindu sgt rasanya.. dan aku rasa bgai sudah lame tidak mengenali beliau.

Buat sahabat baikku.. siti haryani.. bersabar byk2.. akan aku ushakan pertemuan kita utk kali seterusnye.. memori2 lame kita bersama mengukir senyuman… gahnye memori tu. ssh pyh hidup kita menjadi madu dan manis walaupun kdgkala kite menangis kesedihan pada tika dulu.

aLuNaN tUrUn NaIk