"Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan."

Tuesday, June 16, 2009

kaLimaH sUci

Alhamdulillah.. dpt gak mengisi entri blog ni sblm menjauhkn diri dr dunia internet.. I-Allah ptg ni aku akan membungkus brg2 utk di sumbatkan ke rumah sewe dan duduk cne tnpe perabot2 kemewahan. Ngeh3… gane ntah… Mjur ade carpet dan tikar sebidang dua… x mati hdup sedemikian slagi ajal x dtg menjemput. Berkaitan rumah baru… dulu ustaz kate better wt bacaan surah Al-Baqarah pd hr pertama duduk. Buat doa2 pun bleh jika x mampu.. Sekian la berakhirnye kehidupan aku d hostel USM.

Terigt semasa aku 2nd yer. Aku membelek2 Al-Quran. Mne nk letak Quran nih. Terpandang d sudut atas almari.. cantik gak letak atas almari.. Oleh kerana surau dekat ngan bilik.. kkdg aku gne quran d surau. 2,3 hr br usik balik quran atas almari. Then.. huh.. berabuk.. debu2 sgt teruk. Aku membersihkan smule Al-Quran,syg… Quran tu comel.. kenangan di sekolah lama. Tgh2 duk buang habuk..hmm.. kalo Quran ni terusik slalu xde berhabuk camni. Ssekali aku terbygkan… Al-Quran dgn hati…. Hati yg x terusik dgn kalimah Allah pun bleh berhabuk..

Bagaimana hendak membersihkan hati yang kotor? Dalam hal ini, Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya: "Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi."

Lalu orang bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?"

Jawab Rasulullah: "Membaca al-Quran dan mengingati mati." Membaca al-Quran dijelaskan di sini bagi membersihkan kekotoran di jantung yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah.

Sabda Rasulullah lagi bermaksud: "Tiadalah antara yang memberi syafaat yang lebih utama kedudukannya pada Allah daripada al-Quran.

Tidak nabi, tiada malaikat dan tidak lainnya."

Baginda bersabda lagi: "Yang terbaik daripada kamu ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya".

Amalkan membaca al-Quran pada malam, terutama malam Jumaat dan malam-malam awal, pertengahan dan akhir bulan. Seperti yang diriwayatkan, al-Quran itu ada jantungnya seperti manusia yang mempunyai jantung dalam dirinya.

Yang dimaksudkan dengan jantung al-Quran ialah surah Yasin.

Justeru, hikmat membaca Yasin pada malam Jumaat, pada malam bulan Ramadan dan pada subuh menjelang hari raya adalah terlalu besar serta diampunkan dosanya.

Sabda Rasulullah: "Jantung al-Quran adalah surah Yasin. Tidaklah dibaca akan dia oleh seorang melainkan menghendaki keredaan Allah dan keselamatan pada hari akhirat dan Allah mengampuni dosanya."

Ayat terbesar dan digelar raja segala ayat dalam al-Quran ialah ayat Kursi.

Hadis Nabi: "Sebesar-besar ayat di kitab Allah ialah ayat Kursi.

"Ada satu ayat yang menjadi penghulu daripada segala ayat.

"Jika dibaca ayat itu dalam sebuah rumah, sedangkan di dalamnya ada syaitan, maka keluarlah syaitan itu dari rumah itu.

"Ayat itu ialah ayat Kursi." (Hadis riwayat Tirmizi).

Firman Allah bermaksud: "Tidak akan diseksa hati yang terbendung dalamnya ayat-ayat suci al-Quran pada akhirat nanti."

Sabda Nabi s.a.w: " Barangsiapa membaca 1 huruf daripada Al-Quran maka dia mendapat 1 kebaikan. Dan kebaikan itu pula diganda menjadi 10." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Amat rugi andai seseorang itu mengabaikan Al-Quran..

Sabda Nabi s.a.w: " Bacalah olehmu semua akan Al-Quran itu, sebab Al-Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai suatu yang dapat memberikan syafaat, yakni pertolongan kepada orang yang mempunyainya." (Hadis Riwayat Muslim)

Sepanjang 4 thun.. kdgkala aku rasa kcewe.. kebiasaan org membaca quran pas solat subuh.. tp masa tu la tuk tdo smule… kdgkala org bce quran pas solat mghrib… time tu la nak gi mkn mlm.. kdgkala org bce quran pas solat isyak… time tu la nak tgk mv, wt homework.. gi jln2.. meting.. bla3.. ble k ada masenye??? Yup.. mungkin x smpi lg hidayah utk istiqamah membaca Al-Quran.. ohh.. mungkin kerana hidayah… bukan ke hidayah itu d beri pada mereka yg terpilih.. bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba?? Andai aku sndri diberi wang rm 1000 utk d beri kpd org.. xkn aku beri pd org yg hya duduk buat muke seposen.. hidayah adalah muktasabat iaitu sesuatu yang boleh diusahakan. Berusaha mencari hidayah.. bukan menunggu hidayah. Ini dijelaskan dalam surah al-Jinn, ayat 1-3. Surah di atas jelas menunjukkan bahawa al-Quran adalah sumber utama untuk mendapatkan hidayah. Oleh itu, kita perlu membaca dan memahami maksudnya. Usaha utk mendapat hidayah.. usaha bermula dgn Quran.. maka berusahlah utk membaca Al-Quran.

Sesekali aku pun tertya2.. benarkah org yg jarang membaca Al-Quran adalah org yg mls membaca Al-Quran?? Jwpn hya pada org yg tidak membaca Al-Quran… Mereka je yg tau sbb pe mereka jarang membacanya..

Terigt lg mase aku kecik2.. kecik2 k suke g men2. Mls bce quran. x reti. Keng3… Then kwn2 aku ni blaja ngaji tiap2 mlm. So ble ustazah tye sape x ngaji.. mmg aku la org yg slalu kne rotan kat tgn. Sbb malu kne tye hr2.. kkdg aku pndg Quran.. nk ambik mls sbb rak tggi. Kne pnjat dinding. So… aku pun bce la alfatihah.. esoknye ustazah tye lg.. haha.. aku dah ngaji smlm. Bce al-fatihah je. So xde ah kne.. Hr2 len plak… Kkdg kat radiokan de org duk ngaji ptg2. Jiran aku slalu duk pasang kuat2 smbil depa g bertani kat killing rumah. Time tu aku ikut2 la org radio tu ngaji.. kire dah ngaji ah tu. padahal mulut kumat kamit jerk. Kkdg mak aku duk ngaji gak mlm2.. pun aku kumat kamit jerk… slalu la terlepas dr kne rotan. Tu br bab ngaji. Lum bab smyg.. bab smyg x mau cite. Haha.. Anyway… membace Quran tu de pelbgai cara.. Terletak pd kite smade nk bce atau tidak.. mls atau rajin.. bersebab atau x bersebab.. Bce tetap bce…

aLuNaN tUrUn NaIk