"Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan."

Monday, December 22, 2008

dUNia oRg dEwaSa

Start bile aku dpt tau tajuk fyp.. awalnye.. xde la pape sgt pun. X lame pas2.. akak2 cnior dan master btau aku pasal sv. Ha??? Btul ke?? Cam x caye.. then rumet aku pun bwk citer yg d dgr.. nk x nak aku trime dgn seadanya… Alhamdulillah stakat ni x de lg aku kne. Bhye gak.. anyway.. always be ready what will happen after this. Why me??? Hmmm.. maybe me not other person can solve what was going on b4 this. I hope I can…

Then aritu aku balik raye haji. Sempat gak aku singgah bermlm d rumah akak aku. Rumah baru beliau. X pnah smpi. Mlm tu akak aku mintak aku tulun die. Ha??? Biar betul aku yg kne tulun??? Ades… dilema2.. bleh ke aku??? No answer.. maybe kne wt solat sunat istiharah.. anyway.. if I should help her.. maybe I can.. yeah… who else can help her. My sibling??? My sedare mare??? Everything will be more complex.. maybe I’m is the most suitable.

Time mkn mlm td.. aku trime satu msj.. dari kaki ipar..esok besday abg.. n ade smbungan ayt yg wt aku terfikir. Ades.. aku jugak ke??? Ok2.. I will.. it’s not difficult.. but.. what next??? Aku gak ke??? Hmm… maybe aku jugak..
Haha.. siyesly.. today I want to say that.. aaaaa~!!!! I’m cnfius.. I don know how to solve all of this… I want to pass thus to… I also don’t know.. bcoz if I can do that.. everything can be alright.. maybe I should but how??? Lets thinking slowly but surely… yuhuuu~!!! Aku dah nak masuk 23 tahun.. dunia org tua mmg complex.. aku masih muda.. x mau pk. Hak3… njoy myself~!!! Nak pi jln2.. mkn angin.. xnak pk…x nk pk….

Friday, December 19, 2008

aNdaI iTu bUkaN utKkU

Alhamdulillah… mggu yg agak memenatkan telah pun berlalu.. penatnye wt fyp.. hrp mggu ni dan mggu depan jerk aku akn ke hulu ke hilir settlekan keje. Hmm.. result exam pun dah dpt. Of coz ada yg dpt result yg bgus.. tahniah wt mereka.. yg sebaliknye.. hmmm ni hjt aku create blog kali nih.

X sume kite akan bernasib baik bukan. Pernah juga sewaktu zaman sekolah.. aku de kwn. Adik-bradik beliau mmg pndai2. Bi berabuk2 kalo bercakap. Subjek len x usah kate ah.. mmg terror. Cume kesian.. kwn aku ni x cam adik-beradik die yg len. Bi die cam2 aku gak.. nk wt 1 ayat pun ckt punye ssh. Kalo subjek len.. die 10x ulang, tp result rendah dr org yg bce skali.

Tu dari segi pelajaran.. ade kwn aku yg len plak.. dr kecil die asik kate nak gi cane cni.. nak gi pulau tioman la.. gi jalan2 kat Kelantan ah.. gi Terengganu ah.. pangkor.. cam2 ah.. tp kecian.. smpai arini.. die setia bersama parent die. Katenye.. duit yg ade d gne tuk perbelanjaan mereka.

Sukar nak gmbrkan hati dan perasaan mereka. Harapan seribu impian. Mereka memang berusaha bersungguh2 utk mencapai cita2dan hajat yg d ingini. kdgkala terasa kagum dgn apa yg mereka telah lakukan. Yup.. mungkin ada kelemahan2nya mengapa org2 begini tidak dpt mencapai apa yg d ingini..

IBRAHIM BIN ADHAM seorang ahli tasawuf yang terkenal, ketika ditanya tentangsebab-sebab doa tidak dimakbulkan. beliau menjawab kerana hati buta disebabkan beberapa perkara iaitu:

# Anda mengenal ALLAH tetapi tidak menunaikan haknya.

# Anda mengatakan cinta kepada Rasulullah S.A.W tetapi meninggalkan sunnahnya.

# Anda membaca Al-Quran tetapi tidak beraMAL dengannya.

# Anda menikmati nikmat ALLAH, tetapi tidak bersyukur kepadanya.

# Anda berkata syurga itu benar, tetapi anda tidak beramal untuk memasukinya.

# Anda berkata syaitan itu musuh tetapi anda tidak menentangnya.

# Anda mengaku ingin selamat dari api neraka, tetapi menjuruskan diri kedalamnya.

# Anda meyakini bahawa kematian itu satu kepastian tetapi tidak pernah mempersiapkan diri menghadapinya.

# Anda sibuk dengan keburukan orang lain tetapi anda sendiri mengabaikan keburukan diri sendiri.

# Anda menghantar jenazah ke perkuburan, tetapi anda tidak sedikit pun mengambil iktibar daripadanya.

Hmm.. namun kdgkala kita sudah cuba melakukan yg terbaik utk diri kita. Andai la ini satu kebenaran dan kita yakin dengan apa yg tlh kita lakukan…

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Doa adalah ibadat." Setiap doa pula dimakbulkan dari tiga segi, iaitu:


Doa yang dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap orang yang berdoa. Ramai di kalangan insan yang memperoleh kurniaan hasil kesungguhan mereka berdoa.Kadangkala dengan begitu pantas dan kadangkala lewat disebabkan hikmah yang hanya Allah Maha Mengetahui.


Doa yang tidak dimakbulkan di dunia, tetapi disimpan untuk balasan kebaikan di akhirat di atas hikmah yang hanya dikehendaki Allah.Jika ia berlaku, hendaklah difahami bahawa ia adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk hamba-Nya. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara.Allah tidak memakbulkan sesuatu doa secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang dimohon. Akal manusia kadangkala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu.


Doa diganti dengan keselamatan diri daripada keburukan yang akan menimpa. Insan terselamat daripada betapa banyak keburukan bukan kerana kehebatannya atau kebijaksanaannya tetapi kerana rahmat Allah yang barangkali berpunca daripada pelbagai doa kepada Allah.


Oleh itu… bersyukurlah dgn apa yg telah kita perolehi setelah kita berusaha bersungguh utk mendptkan apa yg kita ingini. Berbanggalah.. moga2 ketidakcapaian apa yg d ingini d dunia ni akan kita perolehi d akhirat cne dan segalanya tidak akan berlaku jika bukan mendapat keizinan dariNya.


Teruskan usaha.. teruskan berdoa.. (^_^)

Sunday, November 16, 2008

JaLaN2....


Cukup selesa dpt bukak blog pas abis exam nih.. alamak.. de satu lg paper yg x abis lg.. hmmm.. bak kate kwn2.. dah terror.. x yah study.. huhu.. x pela. Atas dasar minat dan suke.. aku study gak 1 lg subjek last nih. Sbnrnye duk debar jerk nak ambik paper tu. Nape yerk…. Ntah ah. Hmmm.. anyway… I would like to tell a story 1 day b4 study week start.

Setelah confius2.. last aku decide nak gak g jumpe bonda. Almaklumlah dah lame x jumpe.. nak exam plak tu.. x mintak lg restu ampun dan maaf lg. dan alang2 taiping tu dekat.. rasenye cam teruk sgt la plak kalo x gi.pg2 ahd tu aku dah siap2 ke stesen bas p.bntr. Alhamdulillah.. smpi jerk kat pekan kemunting abg aku dan istrinye dah siap mnunggu.

Sehari sblm tu sepupu kak ipar aku kawin.. aku x dpt dtg awal. Ade jemputan len yg aku kne hadir. Xtau la pe sbbnye.. ikut suke jerk kaki nak melangkah.kui3.. anyway pengantin x kesah..student mmg gitu. Haha.. ye ke???

Anyway ptg tu depa bwk g jusco.. jusco… of coz ramai org. pas dpt parking, kami ramai2 berjln tuk masuk ke pusat bli blah tu.. laluan jln kaki seiring ngan laluan kereta. Bonda berada d hadapan, dan aku berada d blakang skali. Then tetibe de sebuah kerete nih dr blakang, menyusur rapat d sebelah kanan aku.. aku menjeling pemandunye. Seorg perempuan Chinese. Hish.. suke2 jerk. Mjur x lggar aku. Dlm bebel2 sensorg aku x sedar, kereta tu turut rapat ke kanan bonda. Perkara yg aku x jangke.. bonda x prasan.. sume tergamam.. kerete tu dah lggr kaki bonda. Mjur bonda x jatuh.. sume memerhatikan pemandu. Dlm ati huh… nak aje aku tumbuk cermin kete org nih.

Bonda kate x pape.. aku menjeling skali lg.. muke cuak pemandu td memohon maaf.. ati aku masih marah. Cepat2 aku berpaling. Kang len plak jdnye. Kaki bonda agak merah. Sakit barangkali. Selesai membeli belah.. depa nak bwk gi tasik taiping. Jam dah agak lewat. Dah 4 lebih. Aku kne pulang ke kampus. On de way nak ke stesen bas kemunting, abg aku kata:

“ kalo mak jatuh time org tu lggar td, bukan stakat cermin die pecah, ngan kete2 tu org terbalikkan”

Bg aku, aku x terkejut dgn kata2 tu. Sudah terbiasa dgn sikap abg ku. Tp aku bersyukur. Sgguh tebal kasih syg abg terhadap bonda. Kalo aku juz nak pecahkan cermin kete, tp abg smpi nak terbalikan. Huh… dan aku stil geram smpi hr ni. Isk3.. ssh nak lupe.

Ckup beberapa jam bersama bonda.. ooohh.. aku benar2 sygkan bonda. Pernak juga aku cube membayangkan sehari tanpe khdiran bonda.. bgaimane agaknye. Namun aku harus blaja.. setiap manusia itu akan mati..sama ada aku atau bonda yg akan pergi dulu.. hya Allah yg tahu. Bg ku… I want to de bez for her.. x sabar rasenye. Slalu jugak aku berangan.. ade kereta.. dan aku bawa bonda pergi berjalan2.. tp bonda kate bonda nak gi umrah bersama anak2nye.. ingin skali aku tunaikan hasrat tu.. Moga aku berkemampuan suatu hari nanti.. I love u mom…

Friday, October 24, 2008

mIsKin Tp kaYa

Pas bce artikel ni.. <click d sini>, waduh… atiku tersentuh bangat. Terkenang d saat satu ketika dulu… bonda seringkali mengungkap kata2 tersebut. 'Biar miskin harta tapi kaya ilmu'.

Kata2 tersebut membuatkan abg dan kakakku sanggup berhabisan wang utk belajar di mana2 kelas yg menawarkan beberapa kursus utk mereka termasuk kursus perniagaan dan akaun. Mungkin d sbbkan kesuntukan masa dengan waktu kerja seharian yg x menentu dan masa yg terhad utk melayani anak2 dan perkara lain menyebabkan mereka agak terbatas utk meneruskan cita2 tersebut.

Aku bernasib baik… dari kecil smpi kini.. tugas utama.. study..study dan study… kalo bab menoreh getah, even anak peneroka.. pisau getah pun aku x pnah pgg, tmbh lg nak tarah kat pokok getah. Stakat belek2 sbb kne kemas raga moto ade ah. Nak g jln2 nek moto.. xkan nak hangkut jugak pisau getah tu. Huhu…


Sebenarnye.. bukan krn kkurangan harta yg menyebabkan ssorg tu berjiwa kental utk semangat study. Ttp pengorbanan org yg kkurangan harta tu yg menyebabkan diri yg lemah mampu tegap berdiri.

Anak mane yg x tersentuh hatinye melihat ibu bapenye mengelap peluh keringat.. anak mane yg mampu memerhatikan ibu dan bapenye merintih kepenatan, yg kdgkala mundar mandir menyelesaikan masalah hutang. Anak mana pula yg sanggup membiarkan ibu dan bapanya terbongkok2 dengan kerja2 yg berat.. anak mana yg mampu mengabaikan ibu dan bapanya dimamah usia dengan hanya bekerja keras sepnjg usianya..

Pasti akan terselit d hati anak2 ini utk belajar bersungguh2, mendpt kerja yg bgus, membalas budi dan jasa mereka dan ingin agar mereka hanya duduk smbil berlenggang kaki.

Mungkin ibu bapa kita hidup tidak ssh sedemikian.. namun x salah jika kita menganggap ibu bapa org lain yg ssh itu sama seperti ibu bapa kita. Mungkin kejayaan kita mmpu menolong mereka suatu hari nnt. Amin…

Monday, October 20, 2008

sAkIt- BeRseLinDuNg d SeBaLik sIhaT

Mengikut ulamak, antara tanda orang berpenyakit hasad itu ialah:

a. Menunjuk-nunjukkan kasih di depan kita, tetapi mengumpat di belakang kita.
b. Senang hati atau tidak bersimpati apabila kita ditimpa kesusahan.

Kesan buruk daripada penyakit hasad itu pula ialah:

a. Membinasakan amal kebajikan dan ketaatan kepada Allah Taala.
Rasulullah saw bersabda, maksudnya: Hasad itu memakan kebajikan seperti api
memakan kayu yang kering.

b. Mendatangkan keluh-kesah dan dukacita.
c. Membawa kepada perbuatan maksiat.
d. Mata hati menjadi buta, sehingga tidak dapat memahami hukum-hukum Allah.
Sufyan al-Tsauri bermadah: "Jangan engkau menjadi pendengki supaya engkau
cepat menangkap kefahaman (tidak buta mata hati)".
e. Diharamkan atau ditahan daripada kebajikan dan tidak diberi taufik oleh Allah Taala.
Imam Khatimul-Asham bermadah: "Pendendam itu bukan orang beragama, pencaci
itu bukan orang beribadat, pengacum itu bukan orang yang boleh dipercayai dan
pendengki itu bukan orang yang mendapat pertolongan".

Penyakit hasad dapat dicegah dengan cara:

a. Sentiasa mengingati kewajipan atau tanggungjawab muslim terhadap muslim dan seluruh muslimin.
b. Mengikut prinip-prinsip ajaran agama Islam. Menjalinkan kasih sayang (mahabbah)
c. Tolong menolong, bantu-membantu, nasihat-menasihati dan sebagainya antara satu salam lain di kalangan kaum muslimin / muslimat.
d. Sentiasa menghormati hak mukmin yang mendapat keistimewaan dan darjat yang tinggi daripada Allah Taala.
e. Sentiasa mengharapkan syufaat daripada mukmin di akhirat kelak.
Oleh sebab penyakit hasad itu begitu berbahaya, maka amat wajarlah hati
yang terlibat segera diberi rawatan dan pencegahan. Dengan mengingati dan
mempraktikkan amalan-amalan yang tersebut, insya Allah, terselamatlah kita
daripada penyakit dan buruk akibatnya itu.

Monday, October 13, 2008

Nasihat Imam Shafie untuk mencari SAHABAT.

Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

  • Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
  • Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
  • Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
  • Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.


Mencari sahabat pada waktu susah

  • Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"
  • Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Pasang surut persahabatan

  • Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.
  • Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.
  • Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.
  • Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
  • Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.
  • Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

Sukarnya mencari sahabat sejati

  • Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.
  • Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.
  • Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.
    Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

Sahabat sejati pada waktu susah

  • Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.
  • Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.


Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah. Siri 19/06

Wednesday, October 8, 2008

RaBiTaH hAtI


Doa ini disuburkan oleh Imam asy-Syahid Hasan al-Banna selaku pengasas Ikhwanul Muslimin. Kalo mase disekolah dulu, hampir setiap ptg aku d wajibkan trn ke surau membace Al-Mathurat slps subuh dan asar secara berjemaah. Time bce doa ni.. sikit pun aku x fhm isi2nye. x trase pun yg doa ni bagaikan satu motivasi selaku diri kite sbgai khalifah Allah d muke bumi ni.


Smpi la satu pg di kampus USM ni, aku tergerak nk bce maksud doa ni. Slalu men bce jerk dlm bahse arab. Huhu... Setelah d tarbiyah dan d beri tunjuk ajar spy menjadi seorg yg berdakwah, amat penting rupenye doa ni sebagai penguat diri. Patutlah dlm mne2 majlis bersama sahabat2, terutama semasa usrah, doa ini x d miskan. Huhu.. ttibe rase terharu mengenangkan waktu bersama sahabat2.. kenangan yg cukup indah bg ku sepanjang berada d USM ni. Syukur pada-Mu Ya Allah atas pemberian-Mu ini.

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa
hati-hati ini berkumpul
untuk mengasihi-Mu,
betemu untuk mentaati-Mu,
bersatu untuk memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu.”


“Ya Allah, eratkanlah ikatannya,
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya.
Penuhilah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu
yang tidak kunjung malap,
lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman
dan keindahan tawakkal kepada-Mu.”



“Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat-Mu,
Jika Engkau mentaqdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik
Pelindung dan sebaik-baik Penolong.


Ya Allah, kabulkanlah permintaan ini
dan berilah selawat dan salam-Mu ya Allah
ke atas Nabi kami Muhammad,
keluarga dan para sahabatnya.”


sYgKu.. JaSaMu x mAmPu kU bALaS


Dihari raya kelmarin, sdg sdara maraku bersalam-salaman utk pulang ke rumah msg2, aku tertarik dgn gelagat senda gurau sepupuku @ ank pak ngahku.. sungguh terzahir kasih syg yg mereka berikan kpd mak sdareku. Mereka mendakap tgn mak sdaraku smbil bepelukan dgn penuh erat, disertai pertemuan pipi dan ciuman ke dahi. Tetibe mak lang ku di rangkul skali lagi, lantas didukung oleh sepupuku. Gurauan beliau menunjukkan tidak mahu berpisah… kemudian adiknye pula menyusul, agak tggi dr kakaknye, lelaki.. mereka bersalaman dan bergurau membuat pertemuan pipi. X abis d situ.. tetibe mak langku pula diangkat. Kalah pasangan romantic dan d letakkan di hujung pintu. Ketika pakngah ku sdh bersiap utk bertolak pergi, tetiba sepupuku yg lelaki td berlari keluar dr kereta. Sume org kaget. Knape???, tertye2 sume org. Mne2??? Tye spupuku td. Matenye meluru kearah mak langku.. Nak bwk gi balik perak, kata sepupuku smbil mendokong mak langku berlari ke kereta. Sume org tergelak kelucuan dan aku…

Aku x mampu nk ketawa.. wt2 jerk ketawa. Nnt pe plak yg len kate. Mungkin ak terkejut dgn situasi tersebut. Belum pnah aku saksikan sblm2 ni. Rase terharu. Aku sendiri x mmpu utk berbuat sedemikian. Kebiasaannye.. kalo dengan bonda, aku juz salam, dan bonda yg kemudian akan mencium pipi dan dahiku. Kalo dgn og len, salam je ah.. kalo ngan sahabat2, br de pertemuan pipi n tepuk2. Egonye diriku ini.. huhu.. need a time to change…

Sukar ke sbnrnye utk memberikan rase syg kepada org len??? Agak2 sesape yg ade cara lbh sng, bleh la bg tips pd aku nih. Hehe… anyway.. spnjg hidup aku, aku terhutang budi kpd org2 ni. Kasih sygnye pd ku x terbelah bhgi. Walaupun nmpk cam remah, tp bg aku.. aku merasai ksh dan sygnye.. yg pertama skali..

Bondaku..
Walaupun aku ni anak last, bonda didik aku seperti aku anak 1st. mmg x bleh lari ah manje2 tu.. tp whatever camne pun bonda didik aku dgn sbaiknye. Sakit dan demam, bonda jge ngan baik. Dari segi pelajaran, demi menyekolahkan aku dgn wang yg mencukupi, bonda sggup jatuh bgn blaja naik moto. Sggup jugak meredah hutan belukar, hujan, panas dgn menorah getah. Sanggup jugak berlapar dan bersengket duit utk beli mknn dirinye sendiri. Dan sggup jugak menebalkan muke meminjam wang dr jiran2 utk kegunaan aku. Byk lg yg mungkin bonda sembunyikan dr pengetahuan aku.

Org yg seterusnya.. abg dan kakakku,
Dari kecik… kalo depa kne marah.. xde org len.. mmg aku ah penyebabnye.. anak manje.. haha.. dari kecik bonda dah ajar aku jgn suke minta2. Terutama kat abg n akak aku. Mintak kat bonda jerk, sbb depa dah bg duit belanje stiap bulan kat bonda. Hmmm.. sbnrnye ngan bonde pun aku takut nak mintak. Kui3.. skang ni sgale perbelanjaan, slalunye aku akn refer pd akk ku, kak siti. Die la satu2nye kakak yg aku uh.. bggenye ade kakak sptnye.. wktu sblm kawin.. kak siti la yg slalu bntu bonda, dr segi kewngan, hal2 rumah. Kdgkala kak siti akan cal aku, tye camne aku blaja.. duit ckup ke tak… kalo aku de pape hal.. dgn mudah je die akan menghulurkan bantuan. Selepas kahwin, kak siti stil x berubah. Malah lg rajin mengambil tahu ttg aku. Wajahnye sentiasa ceria dan sering bergurau. Selepas masuk kmpus, Aku kerap skali dtg ke rumahnye. Jd x mustahil aku tau masalahnye. Mmg die x crite pd sesiape. Hmm.. hal rumah tgge.. x baik crite kat org. aku plak.. isk3.. camne nak tlg akk aku nih??? Aku hya mmpu berdoa, agar die bahgie.

Lg…

Dr dulu 1st aku knal die… byk bende yg aku blaja. Dr sesusah2 hal smpi la hal2 yg sng. Dari x reti kpd reti. Dr x fhm kpd faham. Dari x tahu pape kpd tahu byk. Dan dgn itu la aku mengaplikasikan sebaiknye hidup sebagai seorg remaja. Mungkin Allah menemukan kami agar aku blaja erti kasih syg yg d berikan. Erti hormat-menghormati org lain, mengambil berat org lain.. walapun aku rase die xsedar ape yg telah die berikan pada aku.. aku teringin agar kasih syg yg d berikan berpanjangan. Dan aku juga berharap andainye kasih syg itu hilang, aku ingin mencurahkan semula kasih syg yg telah d berikan pada aku..

oh sahabat… oh temanku..
Thanks to all..



Monday, October 6, 2008

KeGeMbiRaAn rAya 2Oo8

Detik2 bermula 1st hari raya masih baru aku rasakan. Semestinya raya kali ni de bez dari tahun2 sblmnye. Sejarah hitam yg berlaku pada raya tahun lepas bgaikan sudah terubat. Aku kire ape yg aku rase turut d rasai oleh famli dan juga sanak sdaraku. Walaupun masih ade kesan2 sejarah tu… d sbbkan kgembiraan hari raya, sume tu bagai telah diabaikan..hehe… bende yg x baik.. x yah kite ungkit.. yg perlu d ungkit skang..apela yg bez sgt raye tahun ni.

1st of all… of coz raye tahun ni aku x kms rumah sensorg.. d sbbkan cuti yg cantik2 selama seminggu, aku dan akak aku berpeluang balik lbh awal. Sempat la 2 hari kami berpengsan-pengsanan mengemas rumah. Siap wt 3 jenis masakan.. rendang ayam, kerang masak rempah dan sambal udang.. x tggl jugak ketupat. Mahal tu ketupat yg kami wt.. daun aku yg ambik kat pokok, then d anyam beramai2. Dan kebetulan sume org dah lupe camne nak anyam. Maklum ah akak n abg aku sume kawin ngan org utara… ketupat palas jerk yg depa slalu kne wt. kui3…
Tu sebelum hari raya.. pada pagi raya.. walaupun majlis bermaaf2an d buat secara lintang pukang.. tp satu upacara yg plg syok, sume org bermekap dan menggayakan pakaian n tudung masing2.. cermin de satu, pas2 sume berebut2 nak duk depan cermin. Time tu org2 laki sume g masjid.. hehe.. so kami bebas utk bergaye. Walaupun gitu.. xde la lbh2 pun.. cukup nmpk comey jadi ah.

Perkara seterusnya… walaupun aku de 6 org adik-beradik, x sume dpt join bersama. 3 org abg, sorg raya blah isteri kat penang, sorg raya blah istri kat grik perak n sorg lg raye kat Indon.. ntah ble gaknye dpt raye kat M’sia. 2 org akk, sorang raya kat rumah d KL, cian dpt cuti sehari.. n akk aku lg sorg yg turut beraya bersama aku. Tahun lepas depa dah raya kat perak. Hehe… walaupun berjauhan.. tp SMS dan hp dah menyatukan kami. Siap berbalas2 SMS raya n akk aku yg raye kat KL tu, sggup menghabiskan kredit berbelas2 hinggit cal mak aku. Lepaskan kesedihan ah tu. Hehe…

Lg… pada hari raye 1st, aku dan sdare mare telah beraya sakan. Start dari kul 9 pg smpi kul 4 ptg. Kire2 ade ah dlm 12 rumah kami berkunjung. Yg ni adat kami setiap tahun. 12 rumah tu sume rumah sdare mare.. dlm satu kg jugak. Tu br sdare mara blah mak. Lum lg blah arwah abah aku.. yg smstinye aku x pnah tau.. tahun depan ah. Wt rancangan len plak. Haha..

Hari raya ke-2.. kami beramai2 gi raya jauh ckt. Tp stil area mlaka. Anyway… baru la aku knal sdara mare atau adik2 bradi2 wan aku. Tp sbnrnye x fhm.. sbb moyang aku dulu kawin 3. Haha… ntah sape2 ntah. Mmm.. dlm pada tu gak aku baru kenal sdare mare aku yg tggl d Singapura. Mereka slalu berkunjung ke M;sia rupenya. Sume de rupe cina. Dan ade gak mirip2 muke beberape org spupu aku. Hehe.. dah name
sdare mare…

Hari raye ke-3. Sume adik-beradik mak aku dtg ke rumah aku d N9. Fuh.. padat rumah. Kete berderet 6 biji, kmudian d tmbh kete abg aku yg br pulang dr penang.. so ade 7. Dlm hiruk pikuk tu.. aku dpt brite gumbire.. huhu.. moge bilangan ank buahku akan bertambah 6 bulan dr skang.. hehe.. sronoknye… dan ami plak, ank buahku sudah pndai bercakap. Beznye ble kami dpt bergurau bersame..hehe.. hmm… byk lg.. ckup ah tu. Conclusionnye… aku syg Ramdhan dan Raye tahun ni.. sgguh manis aku rasekan. Moge thun depan lg manis. Bleh jd madu.. mkn ngan roti..hehe…


Thursday, September 25, 2008

daKwAh yG beRhIkMaH


setelah 3 tahun berlalu.. selama 2 tahun aku duk berfikir..


dari awal dulu aku join usrah bersama sahabat2.. mmg usrah tu byk membantuku. then ble masuk 2nd yer.. aku dlantik menjadi co-naqibah.. huhu.. mmg sahabt2 ku sgt memahami.. kekurangan aku dlm berkomunikasi d bantu oleh naqibah. so mase tu xde mslh sgt la kalo wt usrah ngan adik2..


Aku akui kelemahan aku dlm komunikasi. kdgkale de gak terpk... lebih baik diam berpanjangan drpd berkata yg ntah pape. tp... tu satu sft yg pelik plak bg aku.. aku ni kechos.. bising jerk sepanjang mase.. huhu... walaupun byk bercakap.. tp aku still lg fail nak berckp tuk bende yg berisi.


mase sek men, dlm x reti berckp.. aku pnah gak masuk debat, forum.. pidato.. haha.. rase mcm masuk sbb dah xde org yg nak masuk je. tp kenangan tu cam x bez.. sbb aku x suke ngan ape yg aku dah ckp sepanjang pertandingan tu. kalo de kertas2 atau isi2 penting yg nak ckp mase pertandingan tu, abis aku koyak n buang dlm tong sampah.


sepanjang menjadi co-naqibah n naqibah.. aku sering pk.. apelah care yg boleh aku wt, utk membantu org2 d sekeliling aku tanpe menggunakan komunikasi sbgai medan utama dakwah. mmg x bleh nak lari dr komunikasi.. tp sekurang2nye.. komunikasi tu d letakkan pada cara yg bukan no 1..


baru2 ni seorg sahabatku meluahkan rasa hatinya. Oh.. tersentuh ati aku. walaupun kata2nye mungkin racun bg ku.. ttp d sebalik katanya.. aku menemui jln yg bg aku itulah yg plg sesuai utkku... aku mengimbau kembali kenangan bersama sahbat baikku... beliau la pemula dan pembuka utkku berdakwah.. walaupun aku x sedar apa kaedah yg aku telah lakukan.. Tp aku rase kesannya masih kekal hingga kini. Mungkin juga d sbbkan nur dan hidayah yg d beri pdnya d gnakan sebaiknya.


dengan kaedah yg same.. aku gnakan kepada rakan2 ku yg lain.. Ya Allah.. aku sungguh sng dengan cara itu Ya Allah.. walaupun memakan hati dan jiwa, walaupun tempohnye lama.. Aku bersyukur dgn pemberianMu kepada mereka.


mungkin k aku teruskan mengikut caraku.. andai itu adalah yg terbaik..

hadis sahib daripada Rasulullah (s. a. w). Maksudnya: "Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (kekuasaan) dan jika dia tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan lidah dan jika dia juga tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah iman. "



Wednesday, September 24, 2008

i wOuLd LikE tO be a hApPy PeRsOn~!!!




hmm...
bleh ker jd seorang yg selalu gembire???
seronoknye kalo dpt jadi mcm tu
sbnrnye nmpk mustahil...
org kate hidup seperti roda
ada masa kite duka dan ade mase kite gembire
that is the real life right?
cume....
tak mustahil tuk kite bergumbire seketika k ???
bile kite gembire..
org sekeliling kite pun akan sng
kite pun seronok
ade jugak org yg x puas ati ble kite gembire
by the way...
make them happy together with us
x bez la gembire sensorg k???
ok.. lets we go 4 this new lifestyle~!!!
njoy our life~!!!!
tp njoy mst berpade...
mengingati Allah tu perkara utama
dosa dan pahale jgn d abaikan
lalai dan alpa jgn d biarkan
hmmm...
wake up urself everytime~!!!
hepi alwayz....
to all my fren.. i luv u so much
sori kalo ade salah dan clap
Selamat Hari Raya~!!!!

Monday, September 22, 2008

PeDiHnYe rAsE

tanggal 22 September.. bersamaan 22 Ramadhan 1429... kisah ni bukan tuk menagih simpati... tp bygkan pe jd kalo kite de kwn yg sebegini. aku ni ade gak la duit dlm bank. tp kalo kwn kite tu xde pape... camne yer???



petang tu aku de taklimat berkenaan fyp. hah.. ngarut2 jerk taklimat tu. bukan taklimat tu problemnye.. tp dah ptg2 sape la bleh thn. dgn perut yg berkeroncong.. n whatever...



anyway pas taklimat tu aku rancang nak g libry sat. Cari jurnal. smpi kat kaunter libry..

" pakcik, saya nak cari jurnal, camne ye nak cari"

" tgk la kat tgkt 1 tu.. de byk jurnal.. pegi2.. pegi la cari"



sbnrnye aku enti ngan pakcik nih. iyah~!!!! kalo aku la manager kat c2.. dah lame aku pecat pakcik tu.. suke ckp gitu kat aku. Dr aku 1st yer plak tu. isk3. time tu aku saba je la... mls nak lyn. anyway.. Opac ade. bleh kot nak cari. Smpi tgkt 1. aku pun lyn la cmtr canggih. cari jurnal la kirenye.. tgk2.. cis.. x bleh on9 plak.. pe lg.. aku pun tukar setting kat cmptr tu.. haha.. mjur berjaya. tp sedey gak.. x jumpe pun jurnal yg aku nak tu. Then pe lg.. aku pun berjln je la spnjg rak2 yg berpuluh2 tu. menangis.. x tau cane nak cari. then aku trn.. budget nak tye abg yg lg sorg tu ah. kringggg... peh.. loceng abis wktu meminjam la plak.. pakcik2 n abg kaunter sume dah bla. isk3.. dgn hati yg bengang aku pun bla gak la



sblm tu.. de gak hajat nak g kuark duit kat bank. tp dgn kebengangan tu aku batalkan hajat. trus aku cal kwn aku.. die kate bleh pinjam motor die. Gi mkn free kat PI. dlm ati de gak rncg tuk ambik mknn sahur skali. dpt gak jimat duit. hmm... sdey lg..spnjg perjalanan aku cal. tp x berjawab. sadisnye hati ni.. duit dlm poket rm 1.50. singgah cafe pun takat bli nasi tnpe lauk je ah. time tu dah 6.30. xpe.. tggu lg ah kwn aku bls. maybe die mand ke bsuh bju ke.. Smpi bilik aku tdo. marah punye pasal. nak redakan ati la kirenye. nak kat kul 7... aku bgn.. tgk msj.. kwn aku suh ambik kunci moto kat bilik die. die dah kat luar.. huhu.. aku batalkan hajat nak g.. hmmm... ati dah kcewe.



dgn perut yg lapa.. aku pun korek duit tabung... ade ah dlm rm 2.++ stlh di tmbh ngan rm1.50 td. aku pun g jayashop. smpi dpn jayashop. huwaaa... dah tutup.. patahnye ati.. xpe ah. nnt2 ah bli mknn. smpi bilik... bukk almari.. haaa.. ade megi. blasah je ah. dlm ati.. xnak mkn megi~!!! nak nasi~!!! hmmm.. nak x nak.. mkn je ah.. mengisi perut yg kosong..



kenyang mkn megi.. tp sekejap jerk. maybe sbb seharian x mkn nasi.. perut lapa balik. isk3 pedih plak tu. kul 10.30 mlm... aku pun cdang nak bli benjo.. benjo baru rm1.20. tp aku bwk duit spare. kot2 la dging je yg tggl. hmmm.. smpi cafe.. '' benjo sume abis dik.. tggl ni je.. org len punye.. tp pakcik x leh bg.. takut tuan die mintak kang.." adeh.. x pe ah.. aku pun g kedai sebelah. kiri kanan dpen blakang.. hah?? mne nasi ngan lauk?? abis jugak ke... sabo2...

de satu lg kedai.. dgn ati yg x tau nak ckp pe ni.. aku pun g la kedai lg satu..



aku tgk menu2 yg ade. alamak.. duit td bape ek??? aku kire2 duit syiling yg ade. cis rm2.30. mknn plg murah rm2.50. tetibe.. " dik.. byk duit syiling eh? tukar ah ngan abg. jgn segan2.."

hah.. abg ni. ade ke... dgn ati yg sebak.. aku pun balik bilik smule.. cari duit lg 20 sen. sbbkan dah lapa sgt2.. aku pegi balik kedai td. ''bang, bihun goreng satu yerk. bungkus". pas siap.. aku pun byr ngan duit syiling yg berkupang2 tu. huhu.. akhirnye.. dpt gak mkn. wlaupun terkilan x dpt mkn nasi. x pe la. esok bleh mkn nasi lg time berbuke... pagi tu.. aku just mkn biskut. x kose lg dah nak cari mknn. hmmm...



adeh.. sbnrnye terigt kat rumah aku tu. de 1 famli ni.. mmg depa kais pg mkn pg.. x kais ptg xde ah mkn mlm.. cian plak kat depa.. ape la yg die mkn time skang ni yerk??? isk3...

TeMaN IbaRaT cErMIn


Arikel ni aku jumpe mase lepak2 kat surau aritu.. hmmm... mase kecik2 dulu de gak la bce artikel canggini. then huhu.. I change everything after read the article.


anyway it's about fren. mase sek ren dulu mmg bez. aku rase aku de ramai kwn.. haha.. sume aku lyn. then ble diorg masuk sek men... ramai yg cam hyut ngan dunia hayalan depa. Smpi aku sendri teragak2 tuk join xtvt depa nih. Sumenye stat pas aku bce artikel ni


Memilih teman pergaulan biar berpada2. jika bergaul dgn org bekerja di tmpt pembakaran tidak dpt tidak terkena juga bau asap pada kita. Allah menyuruh kita bersift selektif dlm memilih teman pergaulan. Dalam ayat 38, surah an-Nisa' menerangkan, Allah melarang hamba-Nya berkawan dgn syaitan kerana syaitan adalah seburuk2 teman bg manusia.


Dalam Al-Quran Allah melarang hamba-Nya berkawan dgn syaitan, ini bererti hendaklah kita menjauhi teman yg akan menggelincirkan kita dr kbenaran, yg mengikut hawa nafsu, yg gemar melakukan maksiat dan dosa. teman sedemikian umpama virus yg menjadi ''silent killer', membunuh keperibadian kita tanpa kita sedari, malah menjauhi kita dr Allah.


Kita seharusnya berani berhijrah seandainya kita berada dlm kemunduran, keburukan serta kegelinciran. Menjadi lbh selektif dlm memilih teman bukan bermaksud utk meninggalkan segalanya tetapi agar dpt mencari pergaulan yg dpt memberi kekuatan diri dan iman kita. Agar nnt jika kita bertemu org yg lalai, kita tidak terbawa2 dengan kelalaian mereka.


hmm.. that all artikel tu. sbnrnye pnjg lg.. tp dah d shortkan. hehe.. anyway.. 4 those yg iman die kental, x kesah la nak kengkawan ngan sesape. sbb diri kita yg akan membawa mereka, bukan mereka bawa diri kite. tp kalo rase cam diri kite ni mcm ombak dilautan... just mengikut arus ombak.. beware with who ur r fren with. Syg kita kpd shbt adalah spt sygnye diri kita sendiri. Dlm membantu shbt jgn lupa bantu diri sendiri. wallahua'lam...




Friday, September 19, 2008

SiaPa Aku daN Ke MaNa Lg hArUsKu BaWa DirI iNi


Satu pertemuan yg aku sendiri tak merancang..
Namun gerak hati ini terlalu kuat utk mengenali
Saat perkenalan rancak diutarakan, aku d tepuk dari belakang
Bukalah mata wahai adikku
Jangan kau kaburi mata mu yg indah dengan kotoran
Jangan kau salutkan keputihan hatimu dengan warna kehitaman
Aku layu mengalah akan kealpaan diri
Gerakan lemah mngekori diri dari hari ke hari
Kekuatan diri masih belum kuat untuk ku atasi
Aku meneruskan saat perkenalan
Dengan jiwa yg berlainan
Janji diriku ku pegang teguh
Takkan ku goyah dengan panahan asmara
Namun iman x selamanya utuh
Ku sedar diri ini harus bertahan
kulihat sang wira melakar kesenangan
kulihat sang wira riang hibur di mata jelitawan
Namun kan ku tabah diri ini dari kelonglaian
Kan ku letakkan jiwa ini tersimpan indah
Dipelihara dgn pagar2 berduri
Walaupun ditusuk kesakitan
Walau berdarah kekeringan
Kanku diam menanti perlepasan
Menunggu saat pagar berduri terlerai dari badan
Tika itu.. ku ingin kau mengenali
Siapa diriku sebenar…
Aku juga seorang wanita
Perlu kasih dan sayang
Aku juga hamba tuhan
Ada pantang dan larangan
Terkilan manapun diri ku
Ku tetap bersama Allah..
Saat dan waktuku bersamaNya
Tangis dan resahku hanya padaNya
Fahamilah wahai sang wira
Aku ini ada perasaan dan juga jiwa…

yG bAiK pErLu dI aMbIL..


Paulson kini paling berpengaruh di AS- 1st time aku bce headline nih.. rase cam pelik.. mengapa paulson org yg plg terpengaruh.. bukan preseiden negara tersebut. George w. Bush yg memegang kuasa veto. Segala arahan yg d beri oleh bush... akan dilaksanakan oleh rakyatnya. Siapa pula paulson???


Paulson adalah Setiausaha Kewangan AS.. kelebihan beliau dari kecil sgt d kagumi. Paulson yang berumur 62 tahun dan bekas anggota perbankan memiliki reputasi sebagai seorang yang tegas dan terlibat dalam bidang sukan di zaman kanak-kanak. Beliau merupakan seorang hero dalam permainan American Football di sebuah sekolah tinggi dan universiti dan dikenali dengan gelaran Hammer.


Selepas menamatkan pengajian dari Sekolah Perniagaan di Universiti Harvard, kerja pertama Paulson adalah penolong kepada seorang pembantu bekas Presiden AS, Richard NIxon.
Paulson kemudian bekerja di Bank Goldman Sachs. Beliau merupakan seorang pemimpin korporat yang berjaya dan menjadi ketua pegawai eksekutif Bank Goldman Sachs selama lapan tahun.

Menarik bukan latar belakang beliau. rekod kecemerlangan yg sgt baik. Org terpenting ini mampu menggugat kedudukan presiden dan juga mampu menggugat kedudukan AS. Kuncinya ialah... ilmu pengetahuan yg beliau miliki.


Sejak dari zaman kegemilangan Islam lg, sudah d nafikan, ramai tokoh2 yg berjaya adalah dr org2 Islam. Al-Khawarizmi.. Al-Razi dan ramai lg telah membawa Islam ke mata dunia. Namun itu adalah dimasa dahulu. Bagaimana pula d zaman ini. Alangkah manisnya jika orang yg terpenting yg memegang jawatan Poulson itu adalah org Islam... Mengapa tidak d ambil iktibar kehidupan Poulson ini, mengunakan ilmu yg telah d pelajari bg menguasai negara yg terpengaruh.. Wallahualam....


Wednesday, September 17, 2008

I'm sICk.. bUt NoT sICk


Pas balik dr cuti ,mid sem aritu.. aku budget.. smgt yg baru akan hadir. Smgt utk menumpukan pembelajaran yg aku rase dah lame hanyut dlm minda. Punca kehanyutan yg aku sndiri x dpt nak ungkap…

Baru2 ni.. pintu ati aku bertubi2 di ketuk. Aduh.. sakitnye bukan kepalang. Akhirnye.. aku menghabiskan masa hya terlantar d atas katil.. dengan otak yg keletihan. Ati yg d ketuk.. otak yg letih.. yer2~!!! Mmg otakku letih.

Sebelum tu.. aku penah d igtkan oleh adik2 juniorku.. “akak ni bahye ah.. bleh kne migraine tau kalo camni..” aku x bleh nak ckp pe.. mmg terasa kepala ni amat berat. Mungkin sudah terbiase bertahun2 dengan situasi yg sedemikian… menyebabkan yg hakikatnye sakit menjadi satu yg alah bisa tegal biasa.

Anyway… kepale aku ni bukan sakit pun.. juz letih jerk. Mmg… byk berpk. Tindakan??? Zero…. Kembali balik pd ketukan2 ati td… aku d tye oleh shbt2 dengan pelbagai soalan.. mmg mereka x bersalah dlm mengingati dan menegurku. Mereka x bersalah padaku. Sbbnye… mereka x tau. Tringin juga rase ati ni tuk meluahkan ape yg terbuku dibenak fikiran nih.. skali lg.. lidah ni kelu tuk berkate.. pnah juga.. terlepas intro tuk meluahkan rase,hmmm… aku bukan seperti itu.. tiada medan tuk aku meluahkan rase ati… andai terluah pun.. mgkin hya sekadar seciput… melainkan hya satu jerk carenye… Cukup lah Allah yg mengetahuinya..

Melalui blog nih??? Haaahh… blog ni hya medan utk melepaskan perasaan semata2.. then.. utk tatapan org ramai. Isk3.. tetibe terasa content blog ni ngarut2… Anyway.. nk selitkan sikit sumthing yg bleh neutralkan semula content blog nih..




RAHSIA ALLAH S.W.T Sebahagian sufi berkata, “Sesungguhnya Allah S.W.T menyembunyikan tiga perkara dalam tiga hal.”


  1. “Menyembunyikan keredhaan-Nya dalam ketaatan kepada-Nya. Maka, janganlah merendahkan sedikit pun terhadap taat, siapa tahu redha Allah S.W.T ada di dalamnya.”

  2. “Menyembunyikan dendam-Nya dalam maksiat kepada-Nya,maka janganlah meremehkan sekecil apapun maksiat itu, barangkali di dalamnya tersembunyi dendam-Nya.”

  3. “Menyembunyikan kewalian dalam diri hamba-hamba-Nya, maka janganlah merendahkan seseorang, siapa tahu orang itu wali Allah S.W.T.”

Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:


* tenang/teguh hati menghadapi cubaan atau musibah
* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;
* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;
* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;


.

aLuNaN tUrUn NaIk