"Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan."

Thursday, March 3, 2011

KetEtApAN hAti

Keep hope alive~!!! mcm cacing kepanasan saat diri mula nekad utk meninggalkan habit lama yg buruk. habit yg boleh kate dah sebati ngan jiwe dan rage. Tp ape boleh wt, habit buruk mmg kne campak jauh2.. biar diri kering kontang merana.. Asalkan keredhaan dariNya d peroleh.

Situasi ni wt aku teringat seorg lelaki dr kg aku. Lelaki yg kurang kewarasan itu menjadikan arak sebgai teman hidupnye. Bile dh xde duit, mengagaulah lelaki tersebut melakukan apa2 kerja utk menampung kos membeli arak. Pnah  lelaki itu menangis utk meninggalkan habit tersebut. Namun selang 2,3 hr berhenti minum, lelaki tersebut mengalami batuk2 yg teruk dan sakit pada bahagian dada. Oleh kerana tidak tahan dengan keadaan itu lelaki tersebut kembali utk mengambil arak semula.

Begitu juge dgn seorg sahabat aku yg mula merokok seusia 13 tahun. walaupun pd awalnye hanye sbtg dua sehari, sehingga ke saat sehari satu kotak. Kesedihan x terkire saat beliau menyedari bahaye perbuatannye, maka beliau bercite2 utk meninggalkan amalan tersebut. Pada awalnye beliau berusaha mengurangkan bilangan.. Namun tiba ke saat beliau hendak meninggalkan terus amalan tersebut, batuk2 yg teruk mula menyerang. sayang.. oleh kerana tidak tahan.. beliau juga tewas meninggalkan rokok tersebut walaupun beliau sdah berjaya mengurangkan jmlah yg d iambil dlm sehari.

Sdey.. namun itulah realiti.. Bukan mudah utk membuang habit yg dah bertahun2 d amalkan.. utk berubah semestinya byk halangan. teringat plak kisah Al-Fateh dlm ceramah yg aku dgr mlm td. Walaupun dah 12 cubaan org islam utk menawan constantinople, cubaan kali ke-13 pun x semudah tu Allah nk bantu. Sehingga tentera2 islam terpakse mengangkut 70 buah kapal melalui bukit sejauh 5km. itu pun Al-Fateh masih berusaha    melakukan pelbagai cara sehingga dpt memasuki constantinople.

begitulah ble kt nk berubah. byk halangan. kdgkala kuat kdgkale lemah. kadgkala ingin berputus asa. kadgkala kt perlu cara yg lebih efektif sehingga Allah permudahkan kt utk berubah. Walaupun bagai cacing kepanasan.. panas lg api neraka yg bakal membakar kt jika kt x berubah dan hadapi semuanye hari ini. Moga kt semua diberi kekuatan~~

Doa yg selalu diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Digalakkan bace selepas solat fardu dan doa ketika solat sunat


Monday, January 3, 2011

aZaM???

Haa.. ni bukan pasal mas azam dalam cite KCB yep. Ni pasal azam thun br. Lazim la k soklan tu stiap kali masuk thun baru. Pas2 muncul la pelbagai azam.. pas2 akhir thun, pe ye azam aku dulu.. hehe... aku la tuh.. korang sume mst igt kot azam masing2.. bgus3. Sudah hampir ckup sebulan dari thun baru hijrah 1432.. aku menolak ketepi thun baru 2011 tuk kali ni memandangkan thun hijrah hya awal sbln.. Jd azam yg dah siap terpasang kne la di perigtkan dan di teruskan. Chaiyok3~!!!

Sedikit artikel utk menaikkan smgt azam thun ni.. keh3..

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” (13:11)

Aku mulakan artikel ini dgn ayat suci Al-Quran dari Surah Ar-Ra’du  surah ke 13 ayat 11 tapi aku ulas di hujung artikel ni. Hmm.. Biase dah kot dgn ayat ni k? Mari kt praktikkan plak ayat ni. Syaitan takut mengganggu rmh tangga yg bahagia. Di sebabkan aku pun duk rmh sewe.. org2 bujang katekan.. make aku simpulkan tggl sesame tu as rmh tgge la yep. Hehe.. Maka.. ble rmh tgge bahagia.. syaitan pun takut nak ganggu. Seronok bangat ah duk kat rmh cam2. Rase mcm x nk kuar. Nnt kne ganggu dek syaitan. Haha..
Maka bagaimana mewujudkan rmh tgge yg bahagia? Mari tgk tips2 yg aku copy paste n edit.
  • •        Membaca al-Quran.
  • •        Zikir ketika masuk dan keluar rumah.
  • •        Memberi salam kepada keluarga dan ahli rumah.
  • •        Zikir ketika makan dan minum.
  • •        Membersihkan rumah daripada gambar patung.
  • •        Membanyakkan solat sunat di rumah.
  • •        Harmonikan rumah tangga.
  • •        Bentengkan anak daripada gangguan syaitan.


Untuk bacaan dan detail lbh lanjut mengenai tips di atas, bleh refer blog ini
Itu perkara yg perlu kt aware dan perlu kt lakukan. Untuk mewujudkan rumah yg bahagia kt juga perlu melaksanakan sunnah Rasulullah di dalam rmh atau adab2 dirumah.
  • •        Memberi salam
  • •        Membiasakan membaca doa setiap kali melakukan sesuatu perkara
  • •        Membisakan berzikir dan mengucap
  • •        Solat berjemaah
  • •        Mengaji al-Quran bersama-sama
  • •        Menghadiri kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang menambahkan informasi Islam
  • •        Merapatkan ukhuwah.contohnya makan bersama-sama
  • •        Memberi kasih sayang kepada semua ahli rumah
  • •        Penampilan yang bersih dan rapi
  • •        Mengajar anak-anak/atau ahli rumah berdikari
  • •        Biasakan anak-anak/ahli rmh mengetuk pintu bilik sebelum masuk

  • http://arifjeff.blogspot.com/2010/01/hidupkan-sunnah-di-dalam-rumah.html.

Rumah tangga yang paling bahagia ialah rumah tangga yang ahlinya adalah semulia-mulia manusia di sisi Allah yang dipimpin oleh sebaik-baik imam. Mungkin bg mereka yg telah berumah tgge, lelaki memainkan peranan penting dlm memimpin sesebuah rmh tgge.. kalo bujang sape plak nk jd ketua yep.. Mungkin memadai jika setiap ahli rmh memainkan peranan sbgai hamba Allah yg taat dan setia kepadaNya. Maka keharmonian akan terbentuk dari situ.

 “Apabila Allah menghendaki, maka rumah tangga yang Bahagia itu akan diberikan kecenderungan senang mempelajari ilmu- ilmu agama, yang muda-muda menghormati yang tua-tua, harmonis dalam kehidupan, hemat dan hidup sederhana, menyadari cacat-cacat mereka dan melakukan taubat.”  (HR Dailami dari Abas ra) 

Aduhai.. indahnya rmh tgge yg bahgia..  Maka untuk memperolehi keindahan tersebut, t’dpt 5 syarat iaitu:

  • •        Harus banyak mempelajari ilmu-ilmu agama
  • •        Akhlak dan kesopanan dengan saling hormat-menghormati
  • •        Pergaulan dari segi melaksanakan t’jwb msg2 serta slg membantu
  • •        Hemat dan Hidup bersederhana, bukan mengejar kekayaan dan kemewahan
  • •        Menyedari Cacat Diri Sendiri. Sedar akan kelemahan serta kekurangan diri.


Aku bw kembali ayat dari Surah Ar-Ra’du diawal artikel td. Bukan mudah untuk kt membentuk ahli rumah supaya follow segala ape yg telah dinyatakan di atas. Maka sebagai lgkah permulaan kt mulakanlah dgn diri kt sndri. Ckupkan diri kt dgn 5 syarat diatas, serta praktikkan adab2 d rumah serta perkara2 yg perlu d lakukan ketika d rumah. Slmt berjaya~~

 Semoga kalian tggl d rumah yg bahagia (^_^)

Monday, December 6, 2010

=(

Kita sering tertanya, KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? Al-Quran menjawab.. 'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,  Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.' - Surah Al-Baqarah ayat 216


Sabar, pasrah dan redha
Semoga tekun dalam melaksanakan suruhanNya
Semoga istiqamah untuk menjauhi laranganNya
Semoga tidak sia-sia ilmu yg d pelajari














Friday, December 3, 2010

0


Jiwa kosong

Apabila jiwa kosong 
maka kehidupan umpama lorong duka lara, 
simpang siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan 
sedangkan deru anginnya adalah nyanyian kedukaan.

Tidak ada lagi keindahan pada mahligai tersergam 
juga kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia.

Jiwa adalah sarang kebahagiaan, 
taman ketenangan dengan seribu janji senyuman.

Kemanakah perginya kelazatan 
pada sajian hebat yang terhidang dimeja kehidupan. 
Dari manakah datangnya kepanasan 
di ruangan berhawa dingin yang membekukan hati. 

Manusia tetap manusia, 
memerlukan hidayah untuk diisikan pada jiwanya 
agar dirinya mengenal erti takut dan tunduk. 
Kerana takut itulah yang akan mengajarnya erti keberanian 
dan tunduk itulah yang akan mengajarnya erti ketinggian.

Keberanian untuk menempuh pahit dan getirnya kehidupan 
serta ketinggian untuk memetik buah kebahagian dalam rimbunan pepohon keimanan


Kosong

(i)
Aku hidup bukan satu,
Kamu bangun bukan dua,
Kita berdiri sebagai kosong,
Atas dasar filsafat hakikat Satu,
Satu yang Wujud dan Abadi,
Hidup,
Tak ada permulaan takkan punah.

(ii)
Dunia ini ketawa terbahak-bahak,
Atas kita yang kosong,
Memundak dia yang turut kosong,
Realiti mayapada adalah khayalan,
Fantasi kelajuan cahaya,
Buatan kita yang kosong,
Mantik buktinya mendefinisi,
Kenapa kita memuja tempat persinggahan,
Sedangkan akhirnya amat sukar,
Persoalan membawa jawapan,
Satu telah memberi.

(iii)
Kita kosong di sini,
Pada Satu hakikat wujud kita mesti tuju,
Denai bukannya tapi jalan,
Lurus menanti dengan senyum,
Buat kosong yang dahaga dan mencari,
Air Kasih Satu,
Kita tunduk mesti,
Moga kosong menjadi nilai,
Pada persinggahan terakhir.


2 jenis puisi yang sempat aku cari. Hosmet rmai yg pulang ke kg.. rase mcm x tau nk wt pe.. ngah sensorg kat bwh ni mcm bez bwk tajuk ni. Aku rasa sume org pasti pnah merasai kekosongan. Xperlu kot aku huraikan camne rasenye jiwa yg kosong tu. Tindakan lazim manusia, saat merasai jiwa yg kosong, dia akan duduk termenung memikirkan ape yg telah berlaku sambil mengimbas perkara2 yg telah d lakukan.. maka saat tu manusia sedang diberi pilihan.. apakah yang hendak engkau lakukan? Amat mengecewakan apabila jiwa yang kosong diisi dengan hiburan2 melalaikan. Mungkin memikirkan diri dalam kebosananan.. maka jiwa yang sedang kosong ditambah dgn kehitaman.. titik2 hitam menebal dan terus menggelap. Sedangkan jiwa yang kosong itu bagaikan satu peringatan dan satu ajakan.. TAQARRUB ILALLAH.. maka hidupkanlah jiwa.

Artikel di bwh pun aku copy edit n paste dari: http://ms.langitilahi.com/perkongsian-menghidupkan-jiwa/ 

Jalan menghidupkan jiwa hanya satu

Jalan menghidupkan jiwa hanya satu. Itulah dia menjaga hubungan kita dengan Allah SWT. Tiada jalan lain untuk menghidupkan jiwa. Meditasi, tafakur dalam gua, berseorangan, semuanya tiada makna jika ianya tidak berhubung dengan Allah SWT.

Sebab itu, kita sebagai manusia perlu melihat kembali hubungan kita dengan Allah SWT. Lebih-lebih lagi yang merasakan jiwanya kosong, gelap, gundah, resah, dan 1001 lagi perasaan yang tidak senang dalam jiwa dan kehidupannya.
Bagaimanakah hubungan kita dengan Allah SWT? Soal diri.

Kemudian lihat kehidupan kita. Dengan apa kita isi? Kebaikankah? Keburukankah? Kalau kita rasa kita dah isi dengan kebaikan, kita lihat pula bagaimana kebaikan itu kita isi. Benarkah kita buat semua kebaikan itu dengan harapan nakkan redha Allah, nakkan kasih sayang-Nya, nakkan cinta-Nya? Atau kita buat baik sebab itu adat, orang lain buat?

Matlamat di dalam beribadah adalah sesuatu perkara yang penting. Kalau beribadah, solat, baca Al-quran, bukan kerana Allah, tetap ketenangan itu tidak akan hadir. Benda ini perlu kita perhatikan dengan serius.

“Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat, dan setiap manusia itu apa yang diniatkannya, barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya, barangsiapa yang berhijrah kerana dunia untuk habuannya, atau kerana perempuan untuk dinikahinya, maka hijrahnya akan ke arah apa yang dihijrahkannya”Riwayat Bukhari dan Muslim.

InsyaAllah, kalau kita lihat semula benda ni, dan kita koreksi satu persatu, bawa kembali diri kita untuk berhubungan dengan Allah SWT, maka jiwa kita akan kembali hidup.

Cuma jelasnya, tiada yang mampu menghidupkan jiwa kita, selain daripada Pencipta Jiwa itu sendiri. Siapakah Pencipta Jiwa? Dialah Allah SWT.

Dosa pembunuh jiwa

Suka diingatkan, jauh daripada Allah adalah sebab kematian jiwa. Maka dosa adalah sesuatu yang memutuskan hubungan kita dengan Allah SWT.

Jadi, apa jua dosa, ianya akan membunuh jiwa kita. Perlahan-lahan ia membakar jiwa hingga hangus dan menjadikannya mati. Kadangkala, dosa ini kita lakukan macam benda itu tak berdosa sebab ianya dah jadi kebiasaan masyarakat kita. Contohnya merokok, contoh lain mencarut, contoh lain lagi tak tutup aurat, contoh lain lagi adalah tak jaga pandangan. Antara contoh lagi adalah terlalu asyik dengan hiburan.

Ini antara virus-virus halus yang meragut nyawa jiwa kita. Kita akan lihat, sedar-sedar kita sudah berada di tengah lembah kehancuran, jauh daripada Allah SWT.
Apatah lagi yang hidupnya penuh dengan melakukan hal-hal yang haram seperti bergaul bebas tanpa batasan, berzina, tengok benda lucah, minum arak, pergi pub, mencuri, rasuah, berbohong, membunuh, dan sebagainya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan satu dosa, terbentuklah bintik hitam di dalam hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfr, maka bersihlah dirinya dari bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melaksanakan dosanya, maka bertambahlah bintik hitam pada hatinya sehingga tertutup seluruh hatinya. Itulah karat yang disebut Allah di dalam kitabnya: Tidak sesekali demikian, sebenarnya apa yang usahakan telah menutup hati mereka[Surah Al-Mutaffifin ayat 14]” Hadith riwayat Al-Baihaqi.

Jiwa lama-lama menjadi hitam seperti buntut kuali. Tidak lagi sensitif. Tidak lagi peka. Tidak lagi dapat merasakan hangatnya bahagia. Akhirnya, memang jiwa tak akan hidup.

Jadi, hendak hidupkan jiwa, tinggalkan dosa, dekati Allah SWT Yang Maha Esa.

Ketenangan, kebahagiaan, kelapangan, semuanya di situ

Apabila jiwa sudah hidup, barulah kita akan mampu merasai ketenangan, kebahagiaan, kelapangan, dan semua perasaan yang menyenangkan. Kita akan melihat bahawa hidup itu bermakna, ibadah-ibadah yang dilakukan rasa berisi dan memberikan kekuatan, dan hubungan dengan manusia itu pun menjdi sesuatu yang menyenangkan. Semuanya apabila kita jaga hubungan kita dengan Allah SWT.

Disini aku lampirkan photo2 dari puncak korbu.. memerhatikan pemandangan ciptaan Ilahi dr sudut nun d puncak cne amat menenangkan bersama tiupan angin dingin bersuhu belasan degree..
 .

 kepulan awan d awal pg sebelum matahari terbit
 banjaran2 dr dr gunung gayong
 banjaran dr puncak gunung gayong
puncak botak, bukit chuban (yg mencacak 90 darjah) 
dan sblh kanan lg adlh korbu raya dan puncak korbu..
 pokok2 yg di penuhi lumut.. mcm permaidani basah
 bajaran2 lain
 puncak korbu
 bandaraya ipoh


aLuNaN tUrUn NaIk